Interesting Places · Jalan-jalan

Zoo Taiping dan pengalaman berbeza

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Ros ghairah nak cerita pengalaman kami singgah bercuti di bandar Taiping sebelum meneruskan perjalanan ke kampung Puan Ros di Penang. Bukan apa, rasa seronok dapat bawa anak jalan-jalan. Perasan tak? Puas bawa kanak-kanak berjalan sebab mereka ni mudah terhibur. Kadang-kadang rasa tak syok pula bawa orang dewasa sebab kuat komplennya. Haiip!

melawat-zoo-taiping-4
Lain macam kami bergaya depan ni

Pergi ke Zoo Taiping lewat petang

Lepas sahaja kami check in di Hotel Flemington petang tu, kali ini Puan Ros nak ceritakan pasal pengalaman kami melawat Zoo. Asalnya kami nak melawat Zoo Taiping pada waktu malam. Tapi baiklah pergi siang, sebab nak tunjuk dengan jelas binatang-binatang ni kat anak Puan Ros.

Zoo Taiping ni lokasinya berdekatan dengan Taman Tasik Taiping. Kalau kita pusing sekeliling tasik tu, mesti nampak pintu masuk Zoo Taiping. Harga kami parking pada waktu itu RM2 sahaja dan kami beli tiket masuk ke Zoo. Dewasa RM17 dan kanak-kanak RM8.50.

melawat-zoo-taiping-8
Nampak tak harga tiket?

Naik mini train di Zoo Taiping

Waktu tu itu sekitar jam 5.30 petang. Mini train terakhir bergerak pada pukul 6 petang. Mini train ini akan bawa kita mengelilingi semua tempat di Zoo. Jadinya, untuk masuk dan dapat tengok binatang dengan cepat adalah dengan menaiki mini train. Kemudian boleh kita explore satu-satu bahagian yang kita suka.

Anak Puan Ros dah teruja betul atas mini train sebab dapat tengok banyak haiwan yang selama ini mereka lihat di TV atau dalam buku. Dalam mini train keseluruhan zoo kita dapat tengok sepintas lalu. Jadi lepas tu kita boleh pergi ke mana-mana bahagian yang kita minat.

melawat-zoo-taiping-6
Petang dah, badak bersantai. Pemandangan dari mini train

Suasana dalam Zoo Taiping

Zoo Taiping ini konsepnya agak terbuka. Contohnya, bahagian Australasia. Digabungkan semua haiwan dari benua Australia dan diletakkan sekali. Jadi kita ada wallaby, burung emu dan apa lagi saya tak ingat dalam satu kawasan.

melawat-zoo-taiping-5

Ada bahagian Afrika. Di situ ada kuda belang, zirafah dan pelbagai lagi. Boleh tengok dekat saja. Puas hati. Anak-anak saya dah macam tak percaya dapat tengok zirafah dan kuda belang. Maklumlah pengaruh tengok cerita Madagascar. Gajah pun dapat tengok dengan jelas.

Konsepnya saya suka berbanding dengan Zoo Negara. Sebabkan dah pukul 6 petang. Orang pun dah tak ramai. Haiwan-haiwan mula diberi makan. Kami dapat lihat juga betapa kecilnya kancil yang selama ini kami fikirkan besar semacam rusa.

Tiba-tiba bunyi chimpanzee bergaduh kedengaran memecah kesunyian petang. Tenang saja suasana petang tu. Tapi naik bulu roma dengar mereka bergaduh. Dah la besar chimpanzee ni…

melawat-zoo-taiping-1

Pengalaman dalam Zoo Taiping memang saya suka sangat. Dibandingkan dengan gambar yang saya rakamkan memang tak seberapa. Sebab saya suka dan menikmati waktu itu. Sayang kalau nak bergambar saja.

Kedai cenderamata di Zoo Taiping

Melawat pun sudah. jadi kenalah beli barang kenang-kenangan. Saya pengumpul fridge magnet. Kedai cenderamata di Zoo Taiping ni murah. Termurah saya pernah jumpa, fridge magnet 4 unit RM10 sahaja sayang. Anak-anak saya juga tak kalah. Nak juga bahagian masing-masing. Saya mereka pilih topi binatang macam dalam gambar ini. Harganya RM12 sahaja. Awak tahu tak, kalau di tempat pelancongan lain mungkin dah kena tekan sampai RM25-RM30. Jadi kedai cenderamata di Zoo Taiping memang berbaloi.

flemintong-hotel-di-taiping-7
Sang Gajah dan Sang Hello Kitty bersembang mesra

Zoo Taiping, Perak

Harga tiket dewasa RM17 :Kanak-kanak RM8.50

Zoo mini train PERCUMA

(Visited 112 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge