Lifestyle

Tips ibu memandu jauh dengan anak-anak kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Ros nak ceritakan sedikit sebanyak pengalaman Puan Ros. Disebabkan Puan Ros ni jenis bawa anak ke mana-mana, jadi Puan Ros cerita tips sikit nak urus anak-anak anda sendirian. Tanpa suami. Puan Ros selalu uruskan sendiri disebabkan kerja suami, memang makan banyak masa. Jadi bab anak-anak ni Puan Ros tapau sendiri biasanya tanpa beliau.

Minggu lepas Puan Ros memandu seorang diri bersama 2 anak kecil dari Penang ke rumah Puan Ros di Subang. Puan Ros berjaya sampai dengan agak lancar, tiada episod air mata langsung dan perjalanan menyeronokkan bagi kedua belah pihak. Mak dan anak-anak. Puan Ros rasa nak berkongsi sebab banyak orang rasa mustahil nak buat, tapi sebenarnya boleh dilakukan.

drive-jauh-bersama-anak-kecil-2

Persediaan malam sebelum bertolak

+ Beg besar-besar semua dimasukkan dulu dalam kereta. Esoknya angkut handbag dan anak-anak sahaja masuk kereta.

+ Briefing anak-anak. Ini satu kemestian saya kalau saya perlukan kerjasama mereka. “Esok kita nak balik Subang dengan mummy sahaja. Jadi esok dalam kereta mesti dengar cakap mummy, berbaik dengan adik dan kita nak happy-happy“.

Beritahu apa yang kita harapkan terjadi dalam kereta esok pagi. Visualize kita sampai ke destinasi dengan selamat dan tenang.

+ Ibu tidur awal sebab nak bangun awal dan gerak seawal yang boleh. Anak tidur lewat sikit  tak mengapa. Biar dia bangun lewat sikit esok. Sebab saya target setengah perjalanan anak akan tidur. Saya hanya perlu melayan karenah mereka ketika memandu pada setengah perjalanan mereka bila mereka bangun.

+ Sediakan apa yang akan membuatkan anak sibuk di dalam kereta. Malam tu Puan Ros masukkan 2 cerita kartun dalam laptop untuk anak-anak tonton esok dalam kereta

Habis cerita malam tu. Puan Ros telefon suami, kongsi plan esok dan minta dia doakanlah berjalan lancar. Tidur, pasang jam loceng dan berdoa esok kita bangun awal seperti yang kita rancangkan.

Keesokkan harinya

Memandu jauh tanpa suami dan bersama anak-anak sahaja kita mesti penuhkan tangki-tangki berikut. Ini sekadar perkongsian Puan Ros ya.

drive-jauh-bersama-anak-kecil

TANGKI EMOSI

+ Emosi ibu kena kental. Pagi-pagi solat hajat ke tahajud ke siap-siap. Mohon Allah bagi kekuatan. Benda besar ke, kecik ke semua kena minta pada Allah.

+ Kena positif, dan fikir; Kalau anak aku meragam ni penuhkan apa hajat-hajat dia dulu. Supaya perjalanan tu tenang tau. Tak serabut.

TANGKI PERUT

Perut ibu mesti kena isi. Ini penting, kalau mak lapar. Anak berperangai sikit nanti dah mendidih darah. Tambah stress jalan jauh sorang. Puan Ros beli nasi lemak gulai siap-siap. Untuk anak dan untuk Puan Ros. Belikan donut 5 biji dan air kotak kegemaran.

Tangki anak kena isi. Bangun je budak-budak Puan Ros dah rancang terus masuk RnR. Makan sama-sama nasi lemak. Puan Ros suapkan kali ni, biar mereka rasa dapat perhatian. Sebab nanti bila memandu  kita tak dapat bagi perhatian dah. Tapi mereka juga tak rasa terpinggir. Perhatian ni adalah satu kemestian anak-anak. Mereka rasa kita sayang mereka kalau kita beri perhatian pada mereka.

Parking depan tandas. Lepas makan bawak kencing, basuh muka dan salin baju. Masuk ke dalam kereta dan bukalah laptop menonton cerita kartun. Tahanlah sejam lebih satu cerita.

TANGKI PERHATIAN

Mesti sentiasa penuh. Lama dia dalam kereta dia start nak ke depan lah, panggil-panggil mak lah, teruslah Puan Ros lencong masuk RnR. Belanja. Puan Ros cakap, “nak apa kali ini mummy bagi je semua”. Terus dia ayat ” Sayang mummy“. Beli jiwa sikit. Bagi mereka rasa di awang-awangan.

Ringankan lencong ke RnR dan buatlah apa-apa. Bawak jalan kejap ke, belanja aiskrim ke. Kan jadi seronok perjalanan tu?

Akhir kata MARAH BUKAN JALAN TERBAIK. Nanti rasa bertambah letih fizikal dan emosi dan teruskan perjalanan.

(Visited 34 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge