Lifestyle · Parenting

Tips Atasi Anak Kencing Malam

Cerita anak kencing malam.Pengalaman saya pun tak kurang menakutkan.Masa anak mula kencing-kencing,saya dah jadi nak mengamuk terjaga bila tilam basah.Habis basah baju mak juga…seluar.Maklumlah,anak dah 4 tahun kencing dah macam orang dewasa.

Hancing habis 1 tilam.Beli lah pelapik tilam ‘waterproof’ yang putih,saiznya tak besar mana.Muat tutup punggung anak je…bila anak tidur,habis bersepah tilam tu..Akhirnya dia tidur ke mana,alas tilam ke mana.Kena tilam jugak kencingnya.Di sini saya kongsikan tips atasi anak kencing malam;

Tips atasi anak kencing malam

  1. Elak berikan air dalam tempoh 2-3 jam sebelum tidur.
  2. Kejutkan mereka kencing 2-3jam selepas mereka tidur
  3. Sebelum tidur,suruh mereka buang air terlebih dahulu (Saya dah cuba tips ni..ada penambahbaikkan dalam kekerapan anak saya basahkan tilam)
  4. Elakkan tidur dalam bilik gelap gelita,pastikan ada sedikit cahaya bagi memudahkan anak ke tandas.
  5. Sabar,beri pujian bila anak anda apa kemajuan dalam kekerapan kencing malam.
  6. Lapik tilam dengan alas tilam waterproof untuk mengelakkan tilam berbau hancing dan kepam.

Tips pilih alas tilam kalis air

Saya tulis ni berdasarkan pengalaman menggunakan alas tilam yang lain sebelum ini.Iaitu jenis kecil saja,tak sampai 1×1 meter pun.Menutupi punggung,tapi kanak-kanak tidur buas,jadi bergerak sana-sini.Alih-alih kena jugak air kencing pada tilam

  1. Pilih alas tilam yang besar.Biarkan ia meliputi seluruh tilam.Ini bagi menjamin bahawa air kencing tidak masuk ke tilam dan mengotorkan tilam anda.Hapak nanti.
  2. Pilih alas tilam yang jenis fitted.Maksudnya ada getah ringkas dan boleh diikat pada tilam supaya ia tidak bergerak ketika anak tidur buas
  3. Pilih material yang ringan dan memudahkan kerja pembasuhan walaupun menggunakan tangan.
  4. Pilih material yang tidak panas.

Panduan penggunaan alas tilam kalis air ini

  • Pilih alas tilam mengikut saiz tilam anda.Kerana alas tilam ini mempunyai saiz seperti tilam.Bentangkan pada tilam seperti ini.

alas-tilam-kalis-air-13

  • Kemudian,gunakan getah yang terdapat pada setiap penjuru alas tilam dan selit pada tilam anda supaya ia tidak bergerak.Lihat gambar getah alas tilam

alas-tilam-kalis-air-1

  • Tegangkan katil dan bentangkan cadar biasa di atasnya.Apa bila anak kencing,cadar akan basah,tetapi alas tilam mengelakkan air kencing terkena tilam.Cadar boleh dicuci seperti biasa.

alas-tilam-kalis-air-11

  • Jika anda tidak mahu letakkan cadar di atas alas tilam pun tak per.Ada pelanggan yang letak terus alas tilam sebagai cadar kerana materialnya tidak panas.

alas-tilam-kalis-air-12

Cara membasuh

Seeloknya basuh dengan cucian tangan.Kerana ia cepat kering dan memanjangkan jangka hayat alas tilam.Lihat materianya dari dekat.

alas-tilam-kalis-air-5

Belian boleh dibuat di >> http://littlemunas.com

(Visited 855 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge