Aktiviti bersama anak

Teknik menggunakan flashcard untuk anak 1-3 tahun

Anda dah ada flashcard?Atau anda nampak ramai sangat yang menjual dan membeli flashcard kan?Di sini saya akan menunjukkan 4 cara menggunakan flashcard kepada anak yang berumur 1-3 tahun.Teknik yang saya berikan hanya 4 dahulu supaya anda terus boleh aplikasi kepada anak anda.Pastikan istiqamah dan berulang-ulang ya.Disebabkan harga flashcard yang murah,sekitar RM10-RM30 saya sarankan anda cuba beberapa jenis dan terus praktikkan.

Teknik yang saya tunjukkan ini spesifik kepada flashcard yang mempunyai abjad.Lebih spesifik lagi alif ba ta.Kenapa alif ba ta?Kerana saya sudah buat,dan saya dah rebut peluang mengajar anak sendiri membaca al quran.Kalau saya boleh,anda lagilah boleh….anak anda sangat berpotensi.

Cari waktu yang sesuai

Waktu yang sesuai adalah ketika kanak-kanak dalam keadaan ‘relax’ dan dalam suasana bermain.Biasanya diwaktu petang.Jom lihat video dari Puan Ashikin Hashim,penulis buku Ibu Bijak Anak Bahagia mengajar anak beliau.Lihat suasana santai yang sedang berlangsung.Anak beliau juga seolah-olah tenang.Mendengar sambil bermain-main dengan makanan.

Lakukan dalam waktu yang singkat

Ya,waktunya betul-betul singkat.Sekitar 2-3 minit setiap sessi.Tak perlu lama untuk mengelak anak hilang fokus.Dia akan ingat Insyaallah.Buat 3-4 sessi sehari.

ajar quran pada anak1

Saya lekatkan di dinding.Lihat,setiap sessi macam-macam cara.Mengucap panjang juga bila kakak dan adik nak naik meja.

Suara yang jelas

Mengulang-ulang huruf dengan suara yang jelas.Seperti dalam video Puan Ashikin tadi.Dengar saja bagaimana beliau memanggil anak beliau dan melontarkan suara dengan jelas.Supaya huruf itu lekat di minda anak-anak.

cara-guna-flashcard-2

Flashcard yang sesuai

Anda perlu memilih flashcard yang sesuai bila mengajar anak menggunakan flashcard.Untuk umur dari lahir sehingga 3 tahun,flashcard yang paling sesuai adalah yang mempunyai warna kontra yang kuat.Iaitu warna hitam,putih dan merah.Otak bayi pada mulanya hanya dapat membezakan 3 warna ini,sebelum mereka dapat menangkap warna yang kita dapat lihat sekarang.Jadi,elakkan menggunakan flashcard pelbagai warna untuk mendapatkan konsentrasi mereka.Contoh flashcard yang membantu daya fokus adalah sebesar tapak tangan dan mempunyai 3 warna di atas.

cara-guna-flashcard-4

cara-guna-flashcard-1

cara-guna-flashcard-3

Sekian,saya doakan ilmu ini bermanafaat untuk anda sebagai ibu bapa.Dan ia menjadi motivasi untuk anda mengajar anak anda sendiri membaca al quran.Titik tolaknya menggunkan flashcard untuk anak anda.

Kad Imbas Iqra’ RM12/sekotak.Kos pos RM7 ke Semenanjung.

Untuk pembelian>>

WHATSAP 017 223 5362 Roslina Sobri

Facebook https://www.facebook.com/littlemunas

Walk in ke Butik kami di About Umi&Baby Butik,Shah Alam

(Visited 635 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Teknik menggunakan flashcard untuk anak 1-3 tahun

    1. Betul puan…kena konsisten dan istiqamah.Mulanya dia macam tak dengar.Tapi sebenarnya otak dia tengah absorb macam span.Sehingga sekarang anak saya dah boleh baca al furqan buku 3.Alhamdulillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge