Parenting

Teknik Memuji Anak

Sambungan daripada entry Pengisian bengkel teknik nabi minggu lepas, kami belajar teknik memuji.Teknik ini amat sesuai dibuat kepada sesiapa sahaja.Tapi untuk entry kali ini kita fokuskan kepada anak.

bengkel-teknik-nabi-shah-alam-2

Teknik Rasulullah Memuji

bengkel-teknik-nabi-21

1- Puji hasil kerjanya,sifat baiknya dan seperti senarai di atas.Bukan puji dirinya.

2- Puji dengan serta merta ketika sifat,kelakuan atau kerja baik dilakukan.Puji secara terbuka sekiranya kerja tadi dilakukan secara terbuka.

Aplikasi memuji anak sehari-hari

Kalau anda nak memuji anak,puji kerja baiknya.Contoh aplikasi pujian kepada kerja baik oleh anak-anak.Ini kisah benar ya..saya berikan contoh-contoh di rumah saya.

+ MasyaAllah,pandainya kakak kemas mainan (kerja baik-kemas mainan)

+ Adik rajin tolong kakak kemas mainan (kerja baik-rajin tolong)

+ Bagus,kakak selalu baca quran lepas maghrib (kerja baik-baca quran)

+ Terang dan jelas bacaan bahasa melayu kakak

+ Cantiknya adik melukis

Tahukah anda apa impaknya memuji kerja baik?Anak-anak akan sangat percaya diri.Self esteem meningkat dek kerana mereka rasakan kerja itu baik.Jadi dia merasa kerja yang baik mesti dilakukan lagi.Maksundya dia telah didorong.Kita sang pemuji ini yang mendorong dia mengulang-ulang kerja baik.Dan dia sangat fokus terhadap kerja baik tersebut.

Kisah benar

Di rumah,saya ada masalah menyuruh anak kemaskan mainan.Saya marah dan ugut anak supaya mereka kemas barang mainan mereka.Saya dok rasa macam berkesanlah.Antara ayat ugutan saya;

+ siapa tak kemas tak boleh tengok tv

+ siapa tak kemas mainan tak boleh keluar

Selepas saya tukar ayat ugutan kepada ayat tawaran,mereka terdorong untuk kemas. (baca ayat tawaran DI SINI) .Usai kemas,saya puji kerja baik mereka.

Impaknya sekarang,jika mereka sepahkan mainan,saya tahu mereke akan kemaskan semula bila saya dorong-dorong nanti.Baik cepat mahupun lambat.Sejak banyak impak-impak positif berlaku dalam mengurus anak-anak dengan teknik nabi ini,saya tak berpatah balik.Yang saya doakan-istiqamah.

Subhanallah,puji-pujian saya panjatkan kepada Allah.Allahumma solli ‘ala Muhammad.

aktiviti-kanak-kanak-4-tahun-2

 

 

(Visited 1,056 times, 1 visits today)

One thought on “Teknik Memuji Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge