Homeschooling · Lifestyle

Tanda-tanda anak bersedia untuk ‘toilet training’

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hampir sangat dah dengan 2017. Macam-macam azam masing-masing dah tanam dan visualize. Salah satu yang saya nak capai adalah latih anak kedua kencing atau membuang sendiri di tandas. Si Fateh tu. Gigih saya cari maklumat dan berkongsi untuk semua ya.

Banyak info grafik yang saya jumpa dan akan kongsi di sini ya. Insyaallah.

Persediaan ibu dan anak dalam toilet training sangat penting

Dalam proses anda nak latih anak ke tandas. Bukan senang tau. Emosi kita turun naik jadinya. Mengikut pengalaman ramai ibu-ibu di luar sana. Termasuk pengalaman saya sendiri. Waktu saya latih anak pertama memang emosi minggu tu macam roller coaster. Ibu kena sedia dari segi mental dahulu.

tanda-anak-sedia-untuk-toilet-training-6
http://www.babycenter.ca/potty-training

Kemudian lihat juga tanda-tanda bahawa anak sudah bersedia. Kalau anak anda masih belum bersedia, tangguhkan dulu. Ianya satu proses, bukan kayu ukur kejayaan anda. Banyak bergantung kepada ibu bapa juga untuk menjayakan proses ke tandas ini. Kalau jangkaan kita tinggi sangat, nanti kita jadi cepat putus asa. Dan jangan bandingkan kemajuan anak kita dengan orang lain, kanak-kanak dalam TV mahupun dari blog yang kita baca.

Tanda-tanda anak sudah bersedia dilatih ke tandas

tanda-anak-sedia-untuk-toilet-training-1
Kredit gambar : https://www.pull-ups.com

 

tanda-anak-sedia-untuk-toilet-training-2
Kredit gambar : https://www.pull-ups.com

 

tanda-anak-sedia-potty-training-3
Kredit gambar : https://www.pull-ups.com

Diharapkan info grafik ini membantu. Biasanya dalam umur 3 tahun memang dah tunjukkan tanda-tanda 1-4 seperti di atas.Poin ke-5 masih tak ditujukkan lagi. Mungkin kerana dia dah terbiasa dengan pampers kering. Mungkin boleh cuba satu malam dan gunakan cadar kalis air. Cuma memang kena bersedia mental fizikallah.

Setakat ini dahulu. Tatata!

(Visited 55 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge