Parenting

Tanam Cendawan Di Rumah

Sebulan yang lepas Kak Zila dari Telekung Project beri kami kit cendawan ni percuma.Waktu tu kami adakan sharing Pohon Solat di About Umi&Baby Boutique,Shah Alam .Baliklah saya excited nak tanam cendawan dirumah dengan anak.Seronok weh…Tengok dekat youtube siap macamana nak buat.Kat kotak tu dah ada cara nak menanam.

tanam-cendawan-di-rumah-1

Untuk tanam cendawan ni kena try and error jugak untuk orang macam saya.Mula-mula kami potong beg plastik,tapi tak menjadi.Tengok lagi youtube,cuba lagi.Banyak rupanya kit-kit macam ni di pasaran.Seronoklah jugak.Yang bagus boleh ajar anak-anak tau.Diorang nampak perubahan cendawan-cendawan ni.

tanam-cendawan-di-rumah-2

Tak sampai seminggu,inilah hasil pertama kami.Yang sebelah kiri tu sampai ke sudah tak naik-naik.Nampak macam 2 cendawan je kan…tapi dia besar.Syukurlah,dapat bagi anak belajar.Lepas tu saya masukkan dalam hidangan sayur campur.Adalah 2 kali menuai dah dan jadikan sayur campur.Oh..sungguh organik =)

tanam-cendawan-di-rumah-3

Bolehla tahan hasilnya.Rasa nak beli pulak kit cendawan ni.Try kit lain pulak.Tapi kan…aktiviti ni memang bagus untuk aktiviti homeschool anak.Kalau ada subjek sains,sangat sesuai.

Ok,sekian

 

 

(Visited 732 times, 1 visits today)

One thought on “Tanam Cendawan Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge