Parenting

Tanam Cendawan Di Rumah

Sebulan yang lepas Kak Zila dari Telekung Project beri kami kit cendawan ni percuma.Waktu tu kami adakan sharing Pohon Solat di About Umi&Baby Boutique,Shah Alam .Baliklah saya excited nak tanam cendawan dirumah dengan anak.Seronok weh…Tengok dekat youtube siap macamana nak buat.Kat kotak tu dah ada cara nak menanam.

tanam-cendawan-di-rumah-1

Untuk tanam cendawan ni kena try and error jugak untuk orang macam saya.Mula-mula kami potong beg plastik,tapi tak menjadi.Tengok lagi youtube,cuba lagi.Banyak rupanya kit-kit macam ni di pasaran.Seronoklah jugak.Yang bagus boleh ajar anak-anak tau.Diorang nampak perubahan cendawan-cendawan ni.

tanam-cendawan-di-rumah-2

Tak sampai seminggu,inilah hasil pertama kami.Yang sebelah kiri tu sampai ke sudah tak naik-naik.Nampak macam 2 cendawan je kan…tapi dia besar.Syukurlah,dapat bagi anak belajar.Lepas tu saya masukkan dalam hidangan sayur campur.Adalah 2 kali menuai dah dan jadikan sayur campur.Oh..sungguh organik =)

tanam-cendawan-di-rumah-3

Bolehla tahan hasilnya.Rasa nak beli pulak kit cendawan ni.Try kit lain pulak.Tapi kan…aktiviti ni memang bagus untuk aktiviti homeschool anak.Kalau ada subjek sains,sangat sesuai.

Ok,sekian

 

 

Parenting

Adakah anak anda bersedia ‘potty training’

Assalamualaikum,banyak variasi ibu-ibu mengajar anak ke tandas atau bebas pampers.Kalau anak anda belum bersedia,susah jadinya.Kebiasaannya kanak-kanak 18bulan-2tahun menunjukkan minat dalam ‘potty training’.Tapi sebagai ibu,anda sendiri bijak menilai tahap kesediaan anda dan anak anda bila nak mulakan potty training ni kan? Jom tengok check list ini,kita ketahui samada anak anda bersedia atau belum.Dia sudah bersedia sekiranya… Continue reading Adakah anak anda bersedia ‘potty training’

Lifestyle · Parenting

Tips Atasi Anak Kencing Malam

Cerita anak kencing malam.Pengalaman saya pun tak kurang menakutkan.Masa anak mula kencing-kencing,saya dah jadi nak mengamuk terjaga bila tilam basah.Habis basah baju mak juga…seluar.Maklumlah,anak dah 4 tahun kencing dah macam orang dewasa. Hancing habis 1 tilam.Beli lah pelapik tilam ‘waterproof’ yang putih,saiznya tak besar mana.Muat tutup punggung anak je…bila anak tidur,habis bersepah tilam tu..Akhirnya dia… Continue reading Tips Atasi Anak Kencing Malam

Interesting Places · Jalan-jalan · Lifestyle

Sepetang di Taman Layang-Layang Kepong

Assalamualaikum.Salam Ahad.Jerebu pun dah reda sikit.Kali ni kita ke Taman Layang-Layang Kepong.Ada juga yang panggil Taman Metropolitan Kepong.Mana satu saya tak pasti.Tapi kalau ke ¬†MMR2 ni hari Ahad,petang-petang…jem sebab ramai orang nak ke Taman Layang-Layang ni.Berbulan-bulan tengok dari luar,akhirnya kami singgah jugak.Pukul 3petang.Masa tu tak ramai orang.Kalau sesak memang saya tak masuk dah. Di pintu… Continue reading Sepetang di Taman Layang-Layang Kepong

Parenting

Aktiviti cuti sekolah 2015

Masih berbaki lagi seminggu cuti sekolah 2015.Mungkin minggu pertama cuti sekolah ni kita dah selesaikan kenduri,balik kampung ataupun bercuti.Aktiviti apa pula nak buat lepas ni semasa cuti sekolah.Sebagai ibu bapa kita mahukan aktiviti membina…tapi kita maisih berhati-hati jangan sampai bocor poket mak.. Aktiviti cuti sekolah untuk kanak-kanak Saya Roslina nak melaporkan suasana di PPAS,Shah Alam… Continue reading Aktiviti cuti sekolah 2015