Lifestyle

Syawal di kampung halaman.

Syawal ini kami masih bercuti panjang di kampung.Terbiasa sebut kampung-walaupun rumah ayah saya di apartment.Sebab terbiasa dah kita ni—rumah orang tua kita,kita sebut sebagai kampung.

Untungnya kami tinggal dekat dengan laut.Dekat dengan kampung nelayan.Yang tak untungnya asyik jam saja Pulau Pinang ni.Dalam kuliah yang saya belajar,REZEKI itu adalah apa yang kita selesa dengan sesuatu atau keadaan.Jadi rezeki kami tinggal dekat-dekat dengan pantai.Tapi ujian bagi kami menempuh jem di kawasan pulau.

image

Semalam kami pergi sampai ke Gertak Sanggol.Kawasan paling hujung di Teluk Kumbar.Banyak sangat bot-bot nelayan.Jadi aktiviti mengajar anak semalam lebih kepada ‘tour’ di kampung nelayan.

Sangat seronok sebab boleh tunjuk bot nelayan.Cerita sedikit sebanyak pasal kehidupan nelayan dan bagi pengalaman si kecik main ombak.Anak yang besar main lukis-lukis di pantai.

image

Ini pulak obor-obor tersadai di pantai.Selalu anak saya sebut jelly fish je dan tengok dalam buku.Hari ni kami tengok sendiri dengan mata kepala kami.

image

Seronok tak?Ubah angin berlama-lamaan dari kebiasaan di rumah sendiri.Raya kali ni jugak kami ke kampung tok saya di Perak.Melawat tok yang uzur.

Anak saya pulak seronok sungguh main cara kampung.Senyum-senyum je saya tengok.Tup-tup dia ada di bawah pokok rambutan.Main tali.Lepas tu main bakar-bakar sabut.Nak masak ikan bakar (atas pengawasan ibu bapa).Paksu saya sempat bagi projek untuk diorang nyalakan api dan panaskan sabut.

image

Rezeki beraya dan teman ayah tahun ni.Anak-anak saya ada pengalaman baru.Lain dari pengalaman biasa dia di Subang.Nampak je simple tau aktiviti lekat-lekat api.Tapi memang diorang teruja.

Kami juga ke kampung makcik saya di Padang Serai.Allah.Syoknya tengok ada sawah.Ada rumah kampung.Tanaman keliling rumah.Jarang sangat saya lalui pengalaman macam ni.Rezeki bersilaturrahim waktu raya.Dapat pengalaman indah dah unik.

image

Salam Syawal.Hari ni kami ada aktiviti berkelah pulak.Ta-ta…

(Visited 233 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge