Art Activity · Lifestyle

Sudah mula bekerja,Puan Ros mencari aktiviti nak layan anak waktu malam

Assalamualaikum semua. Pejam celik dah sebulan Puan Ros bekerja semula. Alhamdulillah. Syukurnya. Kot mana pun, macam mana pun, semuanya nikmat dari Allah Taala. 2-3 minggu pertama Puan Ros kabur-kabur juga macam mana nak bahagi waktu malam yang singkat tu nak cuba buat semua. Memang tak berdaya. Mengemas rumah, masak dan melayan anak semuanya perlu dibereskan.

Tapi setiap malam Puan Ros pilih untuk menghabiskan masa dengan anak-anak. Kalau ikut rutin mereka, anak-anak dah siap makan sewaktu Puan Ros ambil di tadika waktu petang. Jadinya waktu malam cuma perlu sediakan makanan ringan saja. Yang laparnya Puan Ros sahaja dalam rumah tu waktu malam.

Terjumpa pelbagai DIY kit untuk kanak-kanak

Kawan lama Puan Ros pernah beritahu, kat Mr DIY ada banyak DIY kit untuk kanak-kanak. Waktu tu Puan Ros masih Work At Home Mum. Jadinya aktiviti semua Puan Ros sangat rajin buat sendiri di rumah. Tapi untuk menjimatkan waktu, Puan Ros beli je yang siap sedia. Nanti balik Puan Ros kerjakan saja dengan anak aktivitinya.

Banyak kit yang Puan Ros beli. Harganya sekitar RM1.50- RM3. Jadi Puan Ros beli 2 kit untuk setiap jenis. Anak 2, jadinya kena beli sorang satu tau.

DIY Kit manik-manik

Kit manik-manik ni ala-ala subang lekat masa kita kecik-kecik dulu. Ada banyak manik-manik. Aktivitinya mudah saja, ambik dan lekat sepenuh-penuhnya pada gambar yang disediakan tu.

Bunyi sangat ringkas? Tidak sama sekali, waktu ini anak-anak memang akan ralit siapkan lukisan mereka ni. Puan Ros yang duduk di sebelah gunakan sepenuh masa berharga untuk bersembang dengan mereka. Tanya soalan dan macam-macam lagi.

 

Si kakak semestinya design gigirl nya
aktiviti-diy-dengan-anak-3
Apa pulak dia tak puas hati tu

Paper Bag Comel Bentuk Haiwan

Yang ini seronok betul kitnya. Setiap kit harganya RM2.50 kalau tak silap Puan Ros. Puan Ros beli 2 kit iaitu bentuk arnab dan lembu. Malam tu kami buat sama-sama. Memang comel amat. Kakak boleh buat sendiri. Adik masih perlu banyak bimbingan. Dia tau nak buat sahaja. Kurang peka bab hasilnya akan jadi macam mana. Tapi Puan Ros tak kisah. Yang penting the time well spent.

aktiviti-diy-dengan-anak-untuk-ibu-bekerja

Punyalah semangat tengok mereka punya paper bag comel. Esoknya mereka minta bawa bekal dan dimasukkan dalam paper bag tu untuk tunjuk kat teacher masing-masing. Seronok la hai =)

Main plastesin

Ini permainan klasik. Harganya dalam RM1-2 macam tu. Jadi aktiviti ni anak tak sabar nak buat sangat. Jadi kami buat pagi-pagi hujung minggu. Yang ni saya suka sebab nak bantu si adik kuatkan jari-jari pegang pensel di sekolah. Seronok-seronok =)

aktiviti-dit-dengan-anak-4jpg

Ok, sekian sahaja. Kali ni Puan Ros tunjuk sikit-sikit je aktiviti kami. Memang seronok, keseronokkan meluangkan masa dengan anak lebih Puan Ros suka sangat. Sebab kalau bekerja ni, masa malam dengan anak sangat terhad. Rugi rasanya kalau Puan Ros tekan remote TV dan nganga, lepas tu biar anak main sendiri. Sayangnya…Ok, semoga bermanafaat.

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge