Lifestyle

Suatu pengalaman menjaga orang tua uzur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Menjaga orang tua uzur bukan mudah.Kalau menulis bab menjaga orang yang uzur tentulah saya amat terkenang arwah ibunda saya.Allahyarhamah Puan Fatimah.Kami adik beradik masih kecil ketika ditimpa ujian seberat itu.Situasi kewangan kami sebagai anak juga amat terhad.Masing-masing masih belajar.Adik yang paling kecil berumur 11 tahun waktu itu.

Mengurus,menyantuni dan memberi sokongan fizikal dan jiwa waktu itu sangat terhad.Kerana kami waktu itu masih muda dan kecil.Internet untuk merujuk juga amat kurang meluas pada tahun 2009,masih di kafe siber.Jadi kami buat sehabis baik atas nasihat orang tua-tua dan apa yang kami rasakan sesuai.Ya Allah,kami masih sangat muda waktu itu.Mentah dan kekok.

Kredit gambar : http://www.kkh.com.sg/HealthPedia/Pages/GynaecologicalCancersOvarian.aspx
Kredit gambar : http://www.kkh.com.sg

Berbakti dalam keterbatasan

Saya paling sulong waktu itu berumur 25,adik awal 20an dan yang ke tiga di univesiti.Dua adik masih bersekolah menengah dan si bongsu baru darjah 5.Anak ramai dan kurang berkemampuan,menjadikan orang kasihan melihat nasib kami.Tapi hikmahnya,dalam keterbatasan,ibu yang sakit,kami adik beradik yang berjaya mengurus.Paling berbakti di waktu ibu saya ‘bed-ridden’ adalah adik kedua yang kebetulan sudah selesai pengajian universiti.

Ayah bukanlah bergaji besar.Amat terbatas serba serbi.Saya sedar yang ibu saya sudah tidak berdaya bila beliau terpaksa mengunakan lampin.Lumrah orang tua yang uzur amat susah menerima hakikat yang mereka perlu memakai lampin dewasa.Bila saya balik menjenguk setiap minggu saya terbau hancing pada tilam.Saya rasa amat sedih atas ketakberdayaan ibu saya.

Waktu itu internet untuk rujukan pun kami tak mampu pasang di rumah.Dan tak pernah terfikir pasal cadar kalis air.Jujur,kami muda.Kalau kita terbiasa dengan golongan yang lebih tua mungkin mereka ada mendengar dari pengalaman kawan-kawan.Kami antara yang pertama dalam kawan-kawan pula yang mempunyai ibu menghidap kanser ovari tahap akhir.

Inilah 'ripple-mattress' untuk mengelakkan kudis atau luka di belakang badan orang yang terlantar sakit
Inilah ‘ripple-mattress’ untuk mengelakkan kudis atau luka di belakang badan orang yang terlantar sakit

Beza dulu dan sekarang

Waktu sekarang saya menjual alas tilam kalis air.Amat sesuai untuk orang tua uzur.Bila dikenang-kenang,waktu kami menjaga ibu terlantar,kami tak terlintas langsung mengenai alas tilam kalis air,apatah lagi ‘ripple mattress’.Kalu sebut pun ‘ripple mattress’ jujur kami tak mampu waktu itu.Syukur ada bantuan ‘palliative-care’ dari Hospice Penang.Mereka meminjamkan katil hospital dan buat lawatan ke rumah untuk pesakit yang tiada harapan sembuh dan tak berkemampuan.

Waktu itu saya sedar waktu makin singkat.Dari doktor yang melawat ibu saya juga,saya belajar bagaimana membaca tahap detioriorasi pesakit.Bukan dari segi kedoktoran,tapi dari segi fizikal.Kira-kira berapa tempoh masa yang mereka masih ada.Kita bukan Tuhan.Tapi ini pemerhatian berdasarkan pengalaman.Kalau orang yang sudah biasa menjaga orang uzur mesti faham kan?

Cukup setakat ini.Coretan kali ini serius,tapi tidak mendalam.Belum buat saya mengalirkan air mata lagi.Belum saya keluarkan semuanya lagi.Bagi yang mungkin sedang dalam fasa menyantuni ibu bapa yang uzur,saya kongsikan video cara penjagaan pesakit terlantar ini.Jangan jadi seperti saya dulu,kurang informasi waktu itu.

Alas tilam kalis air untuk orang tua uzur

Alas tilam kalis air untuk orang tua uzur
Alas tilam kalis air untuk orang tua uzur

 

(Visited 734 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Suatu pengalaman menjaga orang tua uzur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge