Resepi

Snek berkahsiat untuk kanak-kanak

Sebagai ibu semestinya kita sangat mengambil berat tentang apa yang anak kita makan. Sedaya upaya kita berikan makanan sehabis baik,natural,bebas MSG dan transfat serta sangat berkhasiat untuk anak-anak. Pendek kata halalan-toyyiban.Entry pendek aje kali ni.Nak cerita snek yang saya selalu bagi anak makan.Sebab berkhasiat,tak de pewarna tiruan dan handy to eat.Iaitu..jagung rebus.

Paling senang buat.Rebus je jangung.lepas tu makan.Ini keseronokkan snek di rumah.

snek-berkhasiat-untuk-kanak-kanak-1
Sedapnya jagung rebus
snek-berkhasiat-untuk-kanak-kanak-2
Tengok lah muka tu..

Tetapi bila dalam perjalan yang jauh [berkereta].Kita kurang mampu mengawal.Manakan tidak,kalau di R&R kita nak belikan dia bubur, dia nampak burger,KFC dan 101 jajan pulak.Akhirnya dia kekenyangan makan jajan.Tak berupaya mengawal segala apa di dalam ‘plastik beracun’ itu.MSG,pewarna jauh sekali zat nya.
Jadi apa kata kita cuba resepi jagung berkeju paling mudah ini.Waktu yang diperlukan singkat,lagipun anda tidak perlu tengok keadaan jagung.Cuma stim dan biar sampai masak.Jagung seseungguhnya mengenyangkan kanak-kanak,berkhasiat,lazat dan mudah untuk dimakan.Maksud saya,tidak mengotorkan kereta atau sebagainya.

snek-berkhasiat-untuk-kanak-kanak-4
Bagi kenyang dulu kat R&R.Jadi tak de lah..dia minta jajan nanti

Resepi jagung berkeju

Bahan-bahan

Jangung mengikut jumlah anak.
Sekeping keju [untuk sebatang jagung]
Butter

Cara masak

1.Stim jagung sampai masak
2.Perasakan dengan sedikit butter
3.Potong keju dan letakkan pada jagung yang masih panas

satu jagung dah kena ngap
satu jagung dah kena ngap

‘Kita tidak patut meremehkan pekerjaan pekerjaan ibu yang menguruskan dapur kerana dapur adalah sumber kesihatan kita.Kesibukan di dapur sebenarnya mampu menyelamatkan umat manusia.Quran secara terang-terangan ada menyarankan supaya kita memakan makanan segar’

“Dialah yang memudahkan laut,supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang segar” Surah An-Nahl,ayat 4

Dipetik dari buku ‘Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit’ terbitan PTS.

(Visited 808 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge