Food Review · Interesting Places · Jalan-jalan · Lifestyle

Singgah makan Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini memang menulis mengenai perjalanan kami di Perak sahaja. Saya teruja sangat nak berkongsi dengan semua. Sebab saya rasakan trip kali ini menyeronokkan untuk saya dan anak-anak. Selesai kami singgah di Kellie’s Castle,Batu Gajah dalam artikel sebelum ini, kami teruskan perjalanan menuju ke Taiping.

Tidak merancang ke Kuala Sepetang

Keluar sahaja tol Taiping, saya terus menelefon ibu saudara di sini. Katanya kalau nak ke Kuala Sepetang boleh sangat bila dah berjalan-jalan ni. Sampai di simpang yang beliau terangkan, kami membelokdan berjalan menuju ke arah Kuala Sepetang.

Mee Udang Mak Jah (MUMJ), memang tersohor di sini. Jadi kami kunjungi juga walaupun waktu menujukkan baru pukul 11pagi. Tertanya-tanya juga, ” Buka ke ni? Awal lagi”. BUKA. Kawasan kedai Mak Jah memang besar untuk menempatkan ramai peminat mee udangnya dalam satu masa.

mee-udang-mak-jah-kuala-sepetang-2
Nama kedai dibuat dari besi dan kerang. Kreatif

Teringin menikmati rasa mee udang

Sekitar pukul 11 orang masih lagi kurang. Panas sungguh  waktu ini. Cepat-cepat kami memesan mee udang biasa yang harganya RM9 dan mee udang special RM12. Nak lihat perbezaan mee udang biasa dan special. Kami juga pesan sotong celup tepung. Ini sebab kami nampak ada juga beberapa orang memesan makanan ini. Nampak sedap.

mee-udang-mak-jah-kuala-sepetang-1
Mee udang special, udangnya besar lagi dari mee udang biasa

Kuah Mee Udang Mak Jah (MUMJ) memang istimewa sebab rasa manis udang tu kuat. Sedap. Mee pulak kalau dicelur sikit dulu memang terangkat. Apa-apa pun kami puas hati. Anak-anak pula meratah sotong celup tepung. Mereka tak pandai nak makan mee udang. Sotong celup tepungnya, sotong segar dan besar.

mee-udang-mak-jah-kuala-sepetang-5

Banyak gerai di sekitar kedai

Di sekitar kedai Mee Udang Mak Jah (MUMJ), ada juga gerai-gerai menjual makanan tambahan seperti ayam goreng, laksa udang, rojak dan menjual ikan masin. Rasanya kalau anak-anak tak nak makan mee, boleh belikan ayam goreng. Banyak piihan di tepi-tepi kedai Mee Udang Mak Jah (MUMJ). Cuma dalam tengahari, belum buka lagi.

Gerai yang menjual ikan kering, keropok sotong dan ikan pekasam dah buka. Banyak seleksi ikan pekasam dijual disini. Yang saya tahu ikan pekasam cuma sepat. Tapi di sini hampir 10 jenis ikan yang dibuat pekasam. Tips kalau nak beli, tanya dulu mana ikan yang sikit dan banyak tulang. Nanti terbeli yang banyak tulang, tak minat pula. Ikan kering juga dijual di sini.

mee-udang-mak-jah-kuala-sepetang-4

Selesai sudah tempat persinggahan kedua. Destinasi yang kami tuju adalah nak daftar masuk di Hotel Flemington di Taiping. Check in sekitar pukul 3petang. Bersambung lagi.

(Visited 82 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Singgah makan Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge