Kenali Saya

Assalamualaikum dan salam pengenalan.

Dengan izin Allah,kelapangan rezeki dalam bentuk masa dapat saya melapangkan waktu saya dalam sehari untuk update blog ini. Syukur dan segala puji baginya. Saya niatkan juga entry-entry saya ini sebagai perkongsian saya dan dipanjangkan sekiranya ia bermanafaat untuk anda. Tak lupa juga ruangan produk jualan,harap ianya produk yang memberi manafaat dan menyelesaikan masalah anda.

Saya suka nak memperkenalkan diri saya.Nama saya Roslina Sobri.Saya berasal dari Pulau Pinang.Saya membesar di Penang sehingga tingkatan 3,kemudian mula ke luar dari Penang untuk belajar dan belajar.Saya mendapat pendidikan dalam bidang proffesional sebagai jurutera penyelenggaraan kapal terbang.Waktu tu memang tak ramai perempuan yang memiliki lesen jurutera penyelenggaraan kapal terbang yang dikeluarkan oleh DCA.Pernah bekerja sebagai jurutera penyelenggaraan di Firefly.

Saya memulakan bisnes online secara sambilan bermula akhir 2012. Kerana sangat berminat dengan educational toys, saya selalu belikan untuk anak. Jadi memang bakat keusahawanan ada dalam diri, saya cuba pula berniaga secara sambilan. Berbisnes secara sepenuh masa bermula Disember,2014.

Saya sangat minat menulis. Jadi medium menulis adalah blog-pada zaman ini.Blog pertama saya adalah http://littlemunas.blogspot.com/ .  Pada 2015 saya beli domain dan hosting dan berblog di di sini; littlemunas.com . Di blog terdahulu dan sambungan di sini saya sangat suka kongsi aktiviti-aktiviti kreatif saya bersama anak.

Anda juga boleh like facebook saya yang berasaskan minat saya di : Aktiviti Kreatif dan Seronok Bersama Anak .Selain dari itu saya sangat suka terlibat dalam menganjurkan kelas-kelas keibubapaan dan kelas bisnes di Butik About Umi&Baby .Di butik inilah,kami menjemput speaker,penulis buku,guru-guru bisnes untuk membuat bengkel,kelas atau perkongsian.

Untuk ruangan advertorial atau mahu menghubungi saya di 017 223 5362 atau email ke roslina.mohdsobri@gmail.com

Wassalam.

Roslina Sobri

1186800_578702112168593_1147080917_n

(Visited 503 times, 1 visits today)

One thought on “Kenali Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge