Aktiviti bersama anak · Lifestyle

Sertai Charity Run dengan 2 anak kecil

Assalamualaikum semua, kali ini saya nak ceritakan sesuatu yang agak lama tersimpan. Bak kata blogger Malaysia, atikel dah basi. Kerana lama dah berlaku, baru nak tulis di blog hari ni. Tak kisahlah kan, sebab blog ni bertahun-tahun pun orang masih mencari informasi yang sama.

Selalu saya tengok dan sokong suami sahaja menyertai cara larian. Kali ini saya nekad nak cuba sertai charity run pula. Saya berfikir 3 kali samada nak sertai atau tidak. Sebab saya terpaksa bawa 2 anak saya. Seorang umur 5 tahun dan seorang lagi 2 tahun lebih. Kalau ikut pengalaman suami saya, memang pemandangan biasa orang sertai acara larian ni bawa anak. Ok, saya nak cuba.

bawa-anak-kecil-sertai-charity-run
CYBERJAYA 23 OCTOBER 2016. Gelagat peserta Pink Charity Run 2016 yang diadakan di Taman Tasik Cyberjaya. Kredit gambar : NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL.

Columbia Asia Pink Charity Run 2016

Saya sertai kategori 5km wanita dan yuran penyertaan adalah RM40/seorang. Apa yang saya dapat adalah tshirt dan goodie bag. Beberapa hari sebelum larian saya dah buat persiapan mental sebab kali ini saya bawa anak bersama. Persediaan baju semua tak sempat. Sebab sehari sebelum saya sertai kelas NLP Grand Seminar di Shah Alam. Saya tak tahu apa yang saya akan tempuhi bawak anak lari 5km. Untuk si adik, saya dah siap sedia pinjam stroller kawan saya yang jenis ringan tu.

 

Dalam beg saya siapakan air, biskut tiger coklat dan coklat. Semua ini untuk tenaga cepat kalau letih. Untuk diri sendiri saya bekalkan jus alkurma sebotol. Lepas sahaja solat subuh kami bergerak. Sampai di Cyberjaya baru kejut anak. Terpinga-pinga anakku. Tapi semalam dah beritahu dia dah yang kita ada charity run pagi esok.

Banyak food truck sedap-sedap

bawa-anak-kecil-sertai-charity-run-1
Nasi lemak, Grella’s sandwiches,MILO dan macam-macam lagi. Terliur

Sampai-sampai nampak banyak foodtruck lah di sini. Rambang mata. Kami beli milo sahaja dan makan sekadar yang patut. Suami saya berlari dalam kategori 7km manakala saya 5km. Waktu larian berbeza, nampaknya hanya saya dan budak-budaklah.

bawa-anak-kecil-sertai-charity-run-2

Bergambar sekejap di tempat selfie yang disediakan pihak penganjur. Kemudian kami minum milo sikit sebab ada foodtruck milo juga di sini. Pengacara hari itu adalah Daphne Iking. Acara panaskan badan seperti zumba dan berjalan seawal 6.30- 6.45 pagi saya tak berapa ingat. Lebih kurang pukul 7 peserta dilepaskan secara berperingkat bermula dengan kategori 7km.

Realiti dan debaran berlari bermula

Debaran ke? Berdebarlah jugak 5km dengan anak kecil ni. Tapi bila saya tengok keliling, ramai yang bawa anak kecil naik stroller rupanya. Oh! Bahagia. Mereka semua santai dan ikut kemampuan masing-masing kan. Tengok, jongging dan berlari guna dengan anak bukan alasan lagi ya.

Noura anak pertama saya masih menunjukkan reaksi tak pasti. Dia baru bangun tidur dan mula nak hadam situasi menyertai larian macam ni. Yang bujang senang Fateh ni, layan saja. Larian dilepaskan dan kami berjalan sahaja. 2km pertama, banyak berhenti nak biskut dan nak minum. Noura dah mula ajak balik rumah. Saya beritahu, kalau tak boleh jalan kita minta ambulan bawa kita ke tempat tadi semula. No pressure.

bawa-anak-kecil-sertai-charity-run-3

Berlari lebih seronok kalau ada kawan

Dalam 2km dengan anak-anak ada orang panggil saya dari belakang. Rupanya kawan saya Siti Najia. Suami ada beritahu dia juga masuk larian ini. Tapi kami tak nampak di garis mula tadi. Rupanya dia terlewat dan terus sahaja berlari. Bila dah jumpa, Najia ni jenis ceria. Pandainya dia pujuk dan puji anak saya. Noura siap senyum dan jadi bersemangat.

Kami pula pot-pet-pot-pet bersembang. Sedar-sedar sikit lagi nak sampai. Di pertengahan jalan ada ala-ala pom pom girls pihak penganjur bagi semangat dan beri air. Dekat-dekat 500m terakhir suami datang kat kami. Dia dah habiskan larian 7km. Santai lah kami anak beranak dan Najia ke garisan penamat.

Sampai di garisan penamat

Alhamdulillah. Kami cepat-cepat ambil medal. Berikan pada anak saya. Puji dia dan tingkatkan kepercayaan diri dia. Nanti dia akan rasa pengalaman ini lebih seronok dan kita boleh sertai larian lagi dengan anak-anak. Fateh pun dapat juga medal padahal duduk dalam stroller saja. Bagi mereka seronok.

Kalau Najia tak datang tepat masanya, mungkin kami dah naik ambulan patah balik. Terima kasih Najia. Tapi tak jumpa pula gambar dengan Najia. Maklumlah, cerita dah basi. Gambar di mana pun saya dah tak boleh ingat.

bawa-anak-kecil-sertai-charity-run-4

Cabutan bertuah dan penyerahan cek

Habis larian kami makan sandwich dan isi perut anak-anak. Sambil tu ada sessi cabutan bertuah dan penyerahan cek charity run sempena kempen kesedaran kanser payudara pada bulan Oktober. Tiada rezeki untuk cabutan bertuah. Kami balik ke rumah sekitar 10.30 pagi.

Memang pengalaman yang menyeronokkan. Tak mustahil lagi nak sertai mana-mana larian lepas ni. InsyaAllah.

(Visited 64 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge