Homeschooling · Outdoor HS

Seronoknya berkuda

Alhamdulillah,6 sesi berkuda dan habis awal bulan April.Berkali-kali saya tanya anak saya,kalau suka bagitau suka.Kalau sebenarnya tak minat bagitau jugak,supaya saya tak perlu nak hantar anak ke kelas kuda lagi.Jikalau dia tak minat.

Saya tengok progress dia berkuda tak banyak.Masih macam naik unta sebab dia malas atau masih biasakan diri untuk ikut rhythm gerakan kuda.Posture pun masih macam naik untalah.Hehheh.Kata instructor,kanak-kanak berkuda ni ada yang cepat dan ada lambat.Mereka minat,asalkan masih boleh terima arahan,masih OK.Katanya ada kanak-kanak yang memang tak buat langsung apa instructor suruh.

Kata Noura,dia minat.Kalau ada skip minggu berkuda dia tanya.Dia kata suka naik kuda.Role play di rumah pun main kuda-kuda.Dia akan jadi instructor,si Fateh layankan jadi student.Nampak dia minat.

Adik saya tanya soalan: Apa target hang bagi Noura berkuda?

Jawapan saya : Sampai dia mahir tunggang kuda sendirilah.

Jom kita intai-intai sessi berkuda Noura.Yang sempat saya snap saja ye,anak bujang melasak kat sini.Tak dan buat apa.

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-8

Ini carta kat depan stable setiap hari.Ada nama-nama instructor,student,nama kuda dan waktu.Kod warna tu pulak menunjukkan tahap seseorang pelajar.Sesi berkuda ni mesti kena book dulu tau..bukan boleh terjah je.Nak tanya harga kan? Baca entry ini >> Kelas berkuda pertama

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-7

Anak saya dah early trotting.Kalau ada kelas kuda,anak saya saya wajibkan tidur petang.Supaya dia masih bertenaga bila berkuda nanti.Kalau dia letih,saya tengok mulalah dia naik kuda macam naik unta.Posture dan rhythm ke laut.

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-3

Masih kena diberitahu posture,trot dan imbang badan.Pelan-pelan kayuh =)

Sebenarnya dah 2 bulan kami sertai kelas ni.Equipment kami masih tak upgrade.Maksud saya belum lengkap lagi.Jauh nak pergi cari kedai equipment nya–di Ampang.Topi masih guna topi subsidi.Rezekikanlah Noura ni topi sendiri.

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-5

Glove berkuda pun sepatutnya beli,saya belum beli.Setakat ni dia gunakan winter glove masa pergi NZ dulu.Malu sebenarnya.Hehehe!Pernah awal-awal dulu anak saya tak pakai glove,sampai melecet tangan dia lepas kelas.Ini gambar riding glove yang sepatutnya.

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-9

Ini pulak abang yang umur 7 tahun.Dia datang 2 minggu sekali kelas kuda.Nampaklah progress dia.

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-2

Ini..abam buas.Kalau waktu kelas dia akan main pasir.Hari ni dia tak nak pakai kasut.Tak feel nak tengok kakak dia berkuda dek kerana Fateh yang lasak ni.Hehehhe!Bolehla pulak dia dok bergayut macam ni.Nasib baik hari tak banyak orang.

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-1

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-4

Suasana petang tu agak sunyi.Mungkin sebab sekarang cuaca panas.

Ok,sekian.Kongsikan jika bermanafaat.

(Visited 98 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge