Jalan-jalan · Lifestyle

Seronok bermalam di Flemington Hotel, Taiping

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi ya, gigih Puan Ros menyiapkan artikel percutian singkat kami di Taiping. Kedengaran biasa saja mungkin, tapi sebab Puan Ros tak ke mana-mana selama hampir 3 bulan. Lepas tu kami sekeluaga dikuarantin sebab kami anak beranak kena demam campak berganti-ganti. Bila dapat keluar sekali bercuti begini, rasa nikmat Allah beri pada yang bermusafir.

Selepas menikmati Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang sebelum ini. Kami terus bertolak ke hotel. Kali ini kami menginap di Flemington, Taiping. Sesampai di bandar Taiping, banyak juga hotel dan motel yang kami lihat. Puan Ros berharap dapatlah hotel baru. Sebab waktu tempah suami yang uruskan. Ada swimming pool katanya. Kalau dah RM168/semalam, ada swimming pool dan termasuk sarapan, pada Puan Ros dah cukup bagus.

Lokasi hotel Flemington

Hotel Flemington ini terletak betul-betul depan Taman Tasik Taiping. Syukur sangat. Sebab mudah nak ke mana-mana. Tak perlu masuk ke bandar dengan jalan dah mula dibuat sehala. Pening-pening lalat ah Puan Ros. Cuma bilik kami hari tu mengadap perumahan pula. Masih ok.

flemintong-hotel-di-taiping-1

Sampai di hotel sekitar pukul 1-2petang. Kami check in awal. Sepatutnya dalam pukul 3 petang check in. Dapat bilik dan beserta wifi password. Tengok tandas dan bilik mandi. OK! Kami mandikan anak-anak dan diri sendiri di bilik.

flemintong-hotel-di-taiping-6

Biliknya sederhana. Tapi selesa. Kami pilih bilik untuk 2 tetamu beserta sarapan. Penting tu kalau Puan Ros nak pilih hotel mesti cari dengan sarapan. Pagi-pagi dengan anak-anak ni jadi mudah sikit bila tak perlu keluar jauh untuk sarapan.

Sarapan di hotel

Puas kami berjalan-jalan sekitar Taiping. Kami pergi Zoo Taiping juga. Seronok amat anak-anak Puan Ros di sana tau. Esoknya kami bersarapan di hotel. Sedap sarapan dia. Buka-buka dan tengok bahagian goreng-goreng pun sedap. Yang Puan Ros paling suka pagi tu adalah, buah-buahan. Masak ranum elok. Macam mana ya, pandai orang pilih buat yang sedang elok untuk dimakan.

Kuey teow goreng nampak sedap. Tapi akhirnya Puan Ros pilih bubur. Nak diet kononnya. Dan makan buah-buahan. Anak-anak makan kek dan bijirin saja.

flemintong-hotel-di-taiping-7
Sang Gajah dan Sang Hello Kitty bersembang mesra

Kolam di atas bumbung

Janji ditepati lepas sarapan. Wajiblah mandi kolam kan, kalau dah ada swimming pool. Naik tingkat atas sekali. Inilah pemandangan swimming pool dia yang lawa. Pemandangan bukit dan Taman Tasik Taiping pula nampak segar bugar. Berkabus-kabus sejuk di pagi hari.

Kolam kanak-kanak juga disediakan. Lega hati Puan Ros. Tengok-tengok sajalah mereka main di situ. Sampai penat. Pagit tu kami check out awal sebab nak sambung main bot itik di Taman Tasik Taiping. Ok, setakat ini dahulu.

flemintong-hotel-di-taiping-5

 

(Visited 126 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Seronok bermalam di Flemington Hotel, Taiping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge