Interesting Places · Jalan-jalan · Lifestyle

Sepetang di Taman Layang-Layang Kepong

Assalamualaikum.Salam Ahad.Jerebu pun dah reda sikit.Kali ni kita ke Taman Layang-Layang Kepong.Ada juga yang panggil Taman Metropolitan Kepong.Mana satu saya tak pasti.Tapi kalau ke ¬†MMR2 ni hari Ahad,petang-petang…jem sebab ramai orang nak ke Taman Layang-Layang ni.Berbulan-bulan tengok dari luar,akhirnya kami singgah jugak.Pukul 3petang.Masa tu tak ramai orang.Kalau sesak memang saya tak masuk dah.

taman-layang-layang-kepong-12
Parking dalam pun belum penuh lagi,pukul 3 petang

Di pintu masuk ada vendor air,makanan ringan,ayam goreng,layang-layang,aiskrim dan macam-macam lagilah. Pendek kata kalau lapar boleh beli.Tapi seelok-eloknya bawaklah bekal dan air sendiri.

taman-layang-layang-kepong-11
Sepanjang laluan masuk

Masuk-masuk je nampaklah playground besar amat.Memanglah anak-anak main sungguh-sungguh.Serius sangat seronok.Ada 2-3 jenis platform playground jugak.Yang biasa warna warni tu dan jenis besi.

taman-layang-layang-kepong-6
Besar ke tak besar?
taman-layang-layang-kepong-1
Ini sebelah lain,jenis besi punya playground

Banyak aktiviti rupanya di sini,sesuai dengan nama Taman Metropolitan juga.Bukan saja ada layang-layang.Ada sewa roller blade.Dah tanya puan ni,RM10 sewa roller blade,main sampai lebam katanya.

taman-layang-layang-kepong-7

Tempat mereka selfie.Yang nak cuba-cuba skill bergambar pun silalah datang ke sini.Macam-macam warna hidup ada di sini.Ada sewa basikal dan scooter.Ada basikal unik,2-3 tempat kayuh.Kalau bawa anak kecil,tempat duduk bayi dah disediakan dah.

taman-layang-layang-kepong-8
Sewa scooter dan kereta/motor elektrik

Yang macam kat atas ni saya jauhkan sikit dari anak.Nanti dia nak minta naik kereta atau motor elektrik tu.Ok,kita lihat saja ye pemandangan cantik-cantik kat situ.

taman-layang-layang-kepong-10

taman-layang-layang-kepong-4
Geng bergambar
taman-layang-layang-kepong-5
Padang main layang-layang
taman-layang-layang-kepong-2
Trek jogging.Ni ada shooting pulak

taman-layang-layang-kepong-3

Selamat merancang aktiviti bersama keluarga.

www.littlemunas.com

(Visited 1,760 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge