Aktiviti bersama anak · Interesting Places · Jalan-jalan

Senarai aktiviti kami jalan-jalan di Taiping

Assalamualaikum semua. Ini catatan terkahir Puan Ros (PR) dalam sedikit pengalaman yang Puan Ros (PR) coretkan di Taiping. Trip persinggahan kami di Perak sebelum meneruskan perjalanan ke kampung Puan Ros di Penang. Trip yang menyeronokkan versi bersama anak kecil. Bukan semua trip jadi seronok bila beralih usia ni. Tapi sebelum itu Puan Ros nak kongsikan perjalanan kami kali ini ya. Mana tahu ada yang berminat nak menyinggah macam kami nanti.

naik-bot-di-taman-tasik-taiping-1

Aturcara persinggahan di Perak 2 hari 1 malam

Hari pertama

9-10 pagi singgah di Batu Gajah melawat Kellie’s Castle

11-12 pagi singgah makan di Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

1-2 petang sampai di Hotel Flemington, Taman Tasik Taiping

3-4 petang makan di FMS Station dan berjalan-jalan sekitar Taman Tasik Taiping

5-7 petang melawat Zoo Taiping

8-9 malam makan Yong Tau Foo di Medan Selera Balai Bomba

Hari kedua

8-10 pagi sarapan di hotel. Mandi kolam dan daftar keluar

10-11 pagi naik bot di Taman Tasik Taiping

Ok tak aturcara ini. Sesuai dengan kamilah. Adakala anak punya senyum lebar, gelak-gelak masa tengah seronok dan berlari riang gembira. Adakalanya dia mula berperangai tu, semua benda tak kena. Nak berjalan guna kaki pun dah tak larat katanya. Mujur kakaknya jenis faham dan cool saja. Banyak bantu Puan Ros (PR) tenangkan si adik semula.

Naik bot di Taman Tasik Taiping

Seharian semalam kami berpusing-pusing sekitar tasik. Nampak orang naik bot, naik bot bentuk itik dan berkayak. Biasalah, kita ni mak-mak mesti rasa teruja nak bawa anak buat benda baru. PR dan suami pagi ini dah merancang nak bawa anak-anak naik bot.

naik-bot-di-taman-tasik-taiping-4

Lupalah apa nama tempat ni. Tapi kalau berjalan-jalan sekitar tasik mesti boleh nampak. Jadi demi pengalaman. Kami nak cuba naik bot di sini. Di sini juga adalah tempat bagi makan ikan. Aktiviti yang paling kanak-kanak suka. Beli saja makanan ikan di sana dan tabuuuurrr dalam kolam ni.

Beli tiket naik bot dan pusinglah PR anak beranak ke sekeliling tasik ini. Kami naik bot biasa untuk 4 orang. Suami PR lah tukang kayuh botnya. Jalan kot tepi-tepi saja. Berdebar juga bawa anak naik bot ni. Ok, selesai aktiviti naik bot, Puan Ros kira dah selesailah persinggahan kami di Taiping. Jadi sekian dulu. Puan Ros harap memberi manafaat untuk ibu bapa yang merancang percutian bajet bersama keluarga. Assalamualaikum

naik-bot-di-taman-tasik-taiping-3

(Visited 158 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge