Lifestyle

Semoga Adik Eiffa cepat sembuh,Amin

Minggu ni dan minggu lepas sibuknya bukan main. Saya terima bertubi-tubi tempahan borong dan pendaftaran ejen. Semuanya saya uruskan sendiri bermula dari order sehingga uruskan pengeposan.Sakit pinggang bila buat semua. Memang 1-2 minggu yang sibuk.

Dalam beberapa minggu ini juga saya menghadiri kelas Google Adwords dan sessi personal coaching. Iaitu sitem sokongan selepas menghadiri kelas WordPress for business dengan Tuan Eizil. Alhamdulillah,minggu yang produktif dan rezeki melimpah ruah.

doakan-eiffa-cepat-sembuh
Kami kuat!Kami positif amat.

 

Siapa Adik Eiffa?

Adik Eiffa, 11 tahun adalah anak sulung kepada sahabat saya Puan Sharifah Nur Aminah atau nama singkatnya Puan Nur. Puan Nur adalah pemilik Butik About Umi and Baby di Shah Alam yang menjual keperluan ibu dan anak dari mengandung sehingga menyusu. Pendek kata teman seperjuangan dalam berniaga, menyertai booth dan kami berjiran. Rumah kami satu lorong.

Adik Eiffa memang tak asing dengan kami. Selama mengenali beliau saya sedia tahu yang adik Eiffa dan hospital tak dapat dipisahkan. Ini kerana adik Eiffa menghidap jantung berlubang sejak lahir. Tidurnya mesti memakai mesin CPAP untuk membekalkan cukup oksigen ke dalam paru-paru kerana dia mempunyai kerosakan paru-paru yang kekal. Badannya  yang comel juga kesan dari steroid yang dimbil sepanjang rawatan sejak kecil.

Begitulah yang saya tahu selama kami bersahabat. Ada masa kami berkongsi kisah anak-anak tak sihat. Daripada Umi, ibu kepada Puan Nur dan Puan Nur sendiri, cerita-cerita lama Adik Eiffa biasa dikongsi. Perkara normal bila kita berkawan dan menjalani hidup.

Mula mendapat rawatan di hospital

Sejak 2-3 bulan kebelakangan ni ada juga Puan Nur sebut Eiffa sakit perut. Malah waktu kami naik LRT secara percuma pun Eiffa da mengadu sakit perut. Beberapa kali rujukan dan ulang alik ke klinik, doktor suspek sakit gastrik. Sampailah pada satu masa Eiffa dimasukkan ke wad kecemasan dan masuk ke wad kanak-kanak untuk mendapat rawatan.

Selama di Hospital Sungai Buloh, banyak cabarannya. Pendek kata dengan komplikasi penyakit sedia ada, tidak banyak pilihan ujian yang boleh dijalankan. Semuanya menjadi lebih berisiko. Nak bercerita panjang pun saya tak pandai. Akhirnya adik Eiffa dipindahkan ke PPUM untuk mendapat rawatan di sana. Di bawah rawatan pakar gastro. Merasa Puan Nur naik ambulan waktu tu.

Sekolah dalam hospital PPUM
Sekolah dalam hospital PPUM

Laporan dari jabatan kebajikan

Panjang lagi cerita rawatan penyakit adik Eiffa. Dan setiap kali rawatan memang memerlukan bayaran secara tunai dan ianya merupakan ongoing process. Rawatan yang dibuat saat ini adalah dengan diet susu khas SAHAJA yang perlu diminum selama 3 bulan.Tanpa perlu makan makanan lain.Hanya susu.

Di bawah adalah salinan laporan yang saya dapati di Facebook khas untuk Adik Eiffa iaitu Doakan Eiffa Cepat Sembuh.

Page khas untuk Adik Eiffa
Page khas untuk Adik Eiffa

Laporan kes: Pn Aima ATJ-158, Selangor.

Isu: Seorang kanak kanak perempuan berumur 11tahun menghidapi seperti dibawah:

PENYAKIT SEKARANG : Chroconic bloody diarrea with abdomenal pain.
( 14 hari dah admitted hospital sg.buloh dah hari ke-3 transfer ke PPUM di bawah peads gastro.)

PENYAKIT SEDIA ADA :

2 jantung berlubang sejak lahir (asd/pda).
1 lubang dah tutup d ijn semasa 9bln.
1 lagi lubang kecik hanya perlu check-up di IJN.
broncholitis obliterance (kerosakan paru paru kekal).
Perlu pakai cpap ketika tidur dan pam steriod setiap hari.

TEMPAT LOKASI :
Tinggal di Subang Bestari, Shah Alam.
Katil 14, ward 7PA, PPUM
Kompleks Wanita & Kanak Kanak
( harini dibenarkan pulang & Isnin masuk semula wad untuk buat rawatan susulan )

KEPERLUAN BANTUAN :
Kewangan untuk ujian2 yang perlu di lakukan semasa d PPUM untuk mengetahui punca sakit perut dan najis berdarah. (Anggaran kos RM15000).
Aero chamber untuk pam inhaler yg perlu di tukar kerap,sebab penggunaan setiap hari (kos RM120seunit)
Servis dan alat ganti mesin cpap tahunan (anggaran RM1000setahun)

No tel waris : PN NUR 0179829411. (IBU EIFFA)
FB page: https://www.facebook.com/prayforeiffa/

Sebarang derma boleh dibuat ke salah satu akaun berikut:

Maybank : 5620 8552 3111
Penama: About Umi & Baby

CIMB: 70025 08240
Penama : Sharifah Nur Aminah

BIMB: 1404 1020 6840 09
Penama : Sharifah Nur Aminah

Nota Derma : Pray4eiffa
Email Notification : pray4eiffa@gmail.com

Tarikh Laporan: 08/10/2016

Disemak dan disahkan:
PN ROSYA YUNUS ATJ-001.

Setakat ini dulu kisah Adik Eiffa.Semoga memberi manafaat kepada beliau dan keluarga,serta anda yang sudi ,embaca.

(Visited 75 times, 2 visits today)

2 thoughts on “Semoga Adik Eiffa cepat sembuh,Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge