Lifestyle

Seminar New Generation 2015

Teknik nabi?Apa itu teknik nabi.Contoh di bawah sebagai panduan teknik nabi dalam mendidik anak.

Sebagai panduan
Sebagai panduan

Insyaallah hujung minggu ini saya akan menyertai seminar New Generation 2015 di Perpustakaan Awam Gombak.Saya nak kongsikan sikit poster seminar ni dengan anda semua.

Hubungi 017 223 5362 untuk pendaftaran
Poster comel

Tujuan saya nak join seminar ni sebab ada 3 topik yang saya paling suka dan sentiasa tercari-cari ilmunya.Iaitu MENDORONG ANAK BERKELAKUAN POSITIF MENGGUNAKAN TEKNIK NABI,UNSCHOOLING&HOMESCHOOLING dan HALA TUJU HOMESCHOOLING.

seminar-teknik-nabi-3

Bab mendorong anak guna teknik nabi tu selama ni saya amalkan sikit-sikit sebab tak pernah pergi kursus atau seminar.Saya cuma amalkan melalui pembacaan.Saya kongsi sikit ye pengalaman saya.

Dulu-dulu saya selalu guna ayat ugutan macam ni bila nak anak buat sesuatu.Contohnya kemas mainan.

Ibu:Noura kemas mainan.Kalau tak tak dapat makan aiskrim.

Hasilnya anak akan kemas dengan tak…harmoni.Dia buat kerja tapi atas dasar ugutan

Dengan teknik nabi,saya cuba yang ini.
Ibu:Siapa yang kemas mainan dia dapat makan aiskrim lepas ni.Orang yang bijak,dia kemas mainan lepas main.

Saya gunakan ayat yang baik dan ayat tawaran apa yang dia akan dapat.Weh…tergedik-gedik dia susun mainan sebab ingatkan tawaran aiskrim saya.Dia senyum dan boleh buat lawak-lawak kemas mainan.Saya memang terkejut dengan impak pemilihan ayat saja kerja beres dengan harmoni.Tak de tekanan emosi dari mak mahupun anak.

Kisah benar kemas mainan
Kisah benar kemas mainan

Saya selalu terkagum-kagum dengan impak positif kepada anak bila saya guna teknik nabi ni.Jadi saya nekad 30 Mei ni saya akan belajar.Eh…panjangnya cerita pengalaman.

Bab homeschooling memang nak tahu juga.Sebab belum menerima apa-apa kursus atau seminar mengenai homeschooling ni.Banyaknya saya baca di internet.Kali ni nak menadah tangan tuntut ilmu

Lagi satu jangan lupa ye.Muslim Kids Clothing dan Butik About Umi&Baby,Subang Bestari buka booth juga di sana hari tu.Jadi sesiapa yang nak beli jubah kanak-kanak comel.Nak fitting jubah sequin jemput hadir ke booth kami ye.Buku I NEED A HELICOPTER.MY PATIENT IS DYING pun insyaallah saya bawak.

Jumpa di sana kepada sesiapa yang mendaftar juga.Rasanya masih dibuka pendaftaran saat akhir.Nanti saya akan update dan kongsi juga apa yang saya dapat di seminar itu nanti ye..Insyaallah

(Visited 281 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge