Parenting

Seminar SuperMummy,Puan Husna Haron

Assalamualaikum.Ini cerita saya.Saya seorang WAHM.Anak dua.Suami bekerja,outstation,long hours.Apa yang terjadi pada saya dirumah.Saya bekerja secara fleksible (bisnes online dan blogger),saya kena jaga anak,saya kena kemas rumah,saya homeschool anak,saya tak de maid.Rumah sepah ya ampun,anak-anak tumpahkan makanan.Saya tak tersapu sampai petang.Lepas,masak anak saya nangis.Saya biar sinki penuh sampai petang.At one point,rumah saya KOTOR!Sepah kalau bersih..its toleraeble.But kotor!Yuck–tak boleh di maafkan.Ruang tamu saya sepah..sampai kena tolak mainan dengan kaki ke tepi untuk jalan.What a mess!Baju bertimbun.Siang-siang saya kena ‘dig’ the mountain of clothes to get what shirt I want to wear on that day.Itu lah..itulah..realiti hidup WAHM atau surirumah tak seteruk saya pun..sipi-sipi masalah mesti ada kan…

seminar-supermummy-husna-haron-2
Gambar kenangan Seminar Supermummy 21 mac 2015

 

Lepas tu my sahabat,SITI SARAH MOHD FAUZI organize satu seminar Super Mummy,Genius Kids di PPAS,Shah Alam.It was in Mac.Sekarang dah May.Tapi saya masih..suka nak bercerita tentang kelas tu sebab saya dapat rasa berkesan untuk saya.

Tengok,hasil berguru bab pengurusan masa ibu-ibu
Tengok,hasil berguru bab pengurusan masa ibu-ibu

Kalau nak cerita banyaklah yang berlaku dan saya pelajari.Ini saya cerita dalam bentuk isi penting tau apa yang saya belajar sepanjang hari dalam sessi seminar.Oh ya…sebab saya nak tahu lebih banyak lagi bab pengurusan masa dan mindset ni,lepas seminar saya beli lagi modul Puan Husna ni di Efficient 2 me.Jom saya cerita sikit apa yang dah saya revamp.Puan Husna suka gunakan perkataan revamp ni..maksudnya macam kita reset dan back to zero semula mana-mana sistem pengurusan masa atau mindset kita

REVAMP 1 : MINDSET SEORANG IBU

Saya ada satu feeling,mum is a queen.The queen who does the house chores,cook,home school because she wants to do it.Not because she HAS to do.And shes doing it,for the sake of Allah.She understand she will be rewarded not in dunya.The is the queen as the paradise lies under her feet.Perasaan saya yang dulu rasa macam saya ni mangsa di rumah,terpaksa berkorban,terpaksa jaga anak,terpaksa semua lah..tak bertukar.Saya yang nak buat itu,saya memilih untuk buat ini.Yang best,saya ada masa bergedik-gedik (gediklah sangat…me time dengan kawan-kawan).

Dalam seminar atau modul ni kami diberi perspektif mengubah minda mangsa sebagai ibu kepada minda queen.Yes,we deserve it.Sekarang saya sudah ada masa pergi tengok movie tau…I dah 4 tahun lebih tak tengok movie,sekarang siap berdating dengan husband pergi tengok wayang.Bukanlah tengok wayang tu point dia,tapi masa bersama suami tu..masa suami isteri tanpa gangguan anak-anak.

Gambar kenangan Seminar Supermummy
Gambar kenangan Seminar Supermummy

REVAMP 2 : RUMAH TERURUS

Dalam seminar atau modul online juga kami di ajar mengenai trick pengurusan rumah.Saya nak cerita sikit bab rumah,dulu saya ambil alasan ‘tidak apa’.Biasalah rumah ada anak kecik semak kaw2…lepas seminar husband saya balik kerja yang dulunya tadah je rumah macam tongkang pecah,sekarang dia cakap..”wow kemasnya!”.After a week dia cakap lagi..”berkesanlah modul tu kan..”.Alhamdulillah.

Lagi satu bab pengurusan laundry rumah.Bab lipat kain.Ini memang disaster mak-mak.Bila kain menimbun kan..jadi adakah saya menguruskan masa lipat kain hari-hari?NO,NO,NO!Lipat kain bukan kerja saya ok.Saya sekarang sidai baju sekali dengan pasangan baju tu(untuk pasangan baju budak),lepas tu saya angkat bila dah kering.Saya hang je baju yang rutin kami anak beranak mengikut kategori ownership masing-masing.Baju non rutin,macam baju istimewa,baju berjalan,selimut ke..saya lipat seminggu sekali je.Jimat masa dan otak saya bila saya boleh escape bab lipat baju dalam kehidupan saya.

Saya revamp almari saya,beli tempat hang baju anak-anak.Jadi semua baju rutin kami hang.Jimat masa,skip melipat.Dan very organize,anak saya sekarang pilih sendiri baju apa dia nak pakai kat hangar tu.Alhamdulillah.Suami saya pun tak pening cari baju dia dalam timbunan kain tak belipat.Jimat masa..ya yang paling mahal dalam hidup kita ni bukan duit,tapi MASA.

Puan Husna tengah bagi tips mengajar anak kemas mainan
Puan Husna tengah bagi tips mengajar anak kemas mainan

REVAMP 3 : Kemas Mainan

Anak saya sekarang dah boleh terima sistem kemas mainan sendiri.Sebelum ni saya tak tahu dari mana nak mula.Lepas beberapa tips dalam modul,dan saya gabungkan dengan  Teknik mendorong anak melakukan kebaikan gaya Nabi,syukur..mereka pandai kemas mainan sendiri.Tapi sentiasa lah kita ingatkan.Sediakan toy box sorang sebekas.Alhamdulillah

REVAMP 4 : Masak Cepat dan Berkhasiat

Zaman gawat ni..masak di rumah maksudnya jimat.Berkhasiat!Saya dah ada “kitchen-setting-day’.Suami pun dah faham dah…ada sistem dalam penyimpanan bahan mentah.Supaya cepat masak on weekdays.3 minggu sekali hari buat rencah-rencah dan freeze.Puan Husna ni banyak teknik,teknik senduk lah..kuali lah.

Ini sangat membantu.Sebab kita mewarisi sistem pengurusan dari ibu kita.Tapi bila kita gabung-gabungkan dengan sistem orang lain,amat membantu untuk jadi lebih effisien di dapur.Bahan-bahan dapur yang selalu guna saya set kan supaya buka je almari nampak,ambil.Cepat jimat masa.Tak de nak mengorek-ngorek.

REVAMP 5 : Bab solat dan berdoa

Bab solat ni bukan saya tak cukup solat.Tapi menambah kualiti solat dan doa.Menambah juga kuantiti doa dan permohonan dan pergantungan kepada Allah.I choose to keep it to myself.Tapi ini saya dapat dari modul tu.

seminar-supermummy-husna-haron-8
Timba ilmu

Eh..tulis punya tulis banyak dah.Tapi ini sebahagian revamp saya yang saya sudi berkongsi dengan anda.Kepada Puan Husna kalau membaca artikel ni,saya tak sempat nak bagi feedback untuk modul efficient 2me.Ini lah revamp saya.

Anda kalau ada yang dah plan nak beli atau pergi seminar tu..Insyaallah berbaloi.Janji anda buat.jangan anda simpan dalam kepala saja.Ok.Stakat ni dulu.Saya nak pergi kuliah dhuha.

Slot bersama Coach Sha,The Roadschooling Mama
Slot bersama Coach Sha,The Roadschooling Mama
(Visited 385 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge