Lifestyle

Sembang Santai Dengan Ustaz Azhar Idrus di Afjets

Assalamualaikum semua. Sudah sepertiga terakhir kita di bulan Ramadhan. Sudah memasuki fasa lailatulqadar. Puasa kali ini Puan Ros rasa berlainan sikit. Separuh bulan berpuasa cuti sekolah kan, ibu mertua Puan Ros datang duduk dengan Puan Ros. Puasa kali ni gembar gembur hubungan anak cucu, anak beranak dan adik beradik. Adik Puan Ros dah berhijrah dekat-dekat dengan mukim Puan Ros. Alhamdulillah.

sembang-santai-ustaz-azhar-idrus-afjets-7

14 Jun lepas, tempat Puan Ros bekerja iaitu Afjets menganjurkan Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus. Wah! Puan Ros suka amat, terima kasih untuk bos-bos sudi menganjurkan program seperti ini. Kami juga dibernarkan menjemput tetamu selain dari tetamu-tetamu Afjets dan jiran-jiran syarikat sekitar tempat kami. Puan Ros jemput juga suami dan kenalan. Yang sudi datang dan tiada aral adalah Puan Nur, ibu beliau dan Kak Ita, semua sahabat PR. Suka sangat bila mereka dapat datang. Perjumpaan semula geng kuliah dhuha PR ni sewaktu WAHM dulu.

sembang-santai-ustaz-azhar-idrus-afjets-3

Persiapan program Sembang Santai

Pagi itu untuk final touch up, kami ramai-ramai angkat penyapu dan mop. Mop khasnya tempat yang akan digunakan untuk kuliah dan solat Zohor. Semua siap-siapkan tempat dan gotong royong bersihkan tempat solat. Waktu puasa lagi. MasyaAllah, moga amalan jadi kebaikan. Amin. sembang-santai-ustaz-azhar-idrus-afjets-6

Gigih menyapu, mop, keluar kan kapal. Semua angkat penyapu, mop dan vacuum waktu ini. Bersih hagar untuk sediakan ruang kuliah dan solat. Bentang karpet dan vacuum semula. Berpeluh-peluh. Program belum mula dah masam berminyak-minyak

Program Sembang Santai berjalan

Kelainannya dari kuliah-kuliah lain, kami bermajlis ilmu di hangar. Suasana lain sikit. Keliling kapal terbang. Ilmu itu di mana-mana sahajakan. Puan Ros doa, mohon Allah berkati tempat Puan Ros mencari rezeki. Majlis ilmu menjadi taman-taman syurga. Lagi indah tempat kita mencari rezeki (ibadah umum), dengan program-program seperti ini.

Sekitar pukul 12 ke 12.30 tengah hari ketibaan Ustaz Azhar Idrus (UAI) ke Afjets dan tetamu-tetamu. Ustaz dibawa melihat-lihat kapal terbang sebentar sebelum memulakan program. Tetamu-tetamu bersiap sedia. Semangat nak menuntut ilmu. Suasana petang tu, tak terlalu panas. Air cooler pun ada. Syukur…seleselah kami menuntut.

sembang-santai-ustaz-azhar-idrus-afjets-6
Kehadiran petang itu. Memberangsangkan

Program kali ini berbentuk pertanyaan. Jadi kami kumpulkan soalan-soalan sebelum program berlangsung. Jadi Ustaz beri pencerahan sewaktu program. Soalan-soalan dari tetamu sewaktu program berlangsung pun dialu-alukan. Puan Nur memang berani. 2 kali dia tanya soalan.

Seperti biasalah, kalau program UAI mestilah disulami lawak-lawak pelbagai jenis beliau. Kena mengena pun ada, kelakar sungguh. Tapi ilmu dan manafaat banyaklah yang dikutip sewaktu program. Pencerahan demi pencerahan untuk setiap soalan dibentangkan.

 

Soalan Puan Ros, biasalah. Mesti berkaitan dengan mak-mak. Soalan mengenai puasa yang Puan Ros terpaksa berbuka sewaktu mengandung. Disebabkan sangat tak berdaya berpuasa. Puan Ros pernah cerita dalam blog ni. Puan Ros tinggal puasa sebab memang lemah tak berdaya kalau berpuasa. Alhamdulillah dapat pencerahannya tengahari tu. Kuliah selesai dan kami tutup dengan doa

Setelah selesai berkuliah

Selesai berkuliah, kami sama-sama mendirikan solat secara berjemaah di hangar. Suasana ketika solat berjemaah. Alhamdulillah. Puan Ros rasa besar hati, ta

sembang-santai-ustaz-azhar-idrus-afjets-8

Kemudian CEO kami, Encik Amrul Nizar mengiri Ustaz berjalan-jalan sekita hangar melihat pesawat. Steady boh! Ini antara gambar yang saya suka. Mulanya Ustaz AI hanya ber-selfie. Sekali naik dan bergmbar dengan L39 ini.

sembang-santai-ustaz-azhar-idrus-afjets-2

Ramai juga bergambar kenang-kenangan termasuklah Puan Ros. Tapi malulah sangat. Puan Ros kata nak bagi kat mak mertua. Yang jauh malu-malu tu Puan Ros. Yang dekat tu kawan Puan Ros. Si Pinat. Ok sekian ya. Assalamualaikum. Sambung lagi nanti. Insyaallah

sembang-santai-ustaz-azhar-idrus-afjets-9

(Visited 30 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge