Parenting

Runner Seikhlas Hati

Situasi kita di KL,Selangor dan Penang dah bergelumang dengan jem.Bagi yang kena tempuh jem sebab terpaksa…layankan juga.Tapi kalau ada option untuk sub kerja kepada orang lain,Insyaallah kita mampu buat kerja kita yang lebih penting.Ikut priority masing-masing.Dengan berbekalkan moto,minyak,kerajinan dan amanah,maka muncullah servis runner ini.Ni satu bidang perniagaan tau.Semua orang boleh berbisnes,trading (jual barang) atau beri servis macam ‘runner’.

Kereta rosak dan stranded di rumah.Minggu ini saya patah kaki nak ke mana-mana.Barang dapur terpaksa kena topup sebab bekalan hampir habis.Jadi saya kena minta tolong runner.Husban pulak baru teringat kawan MAS dulu ada sorang buat servis runner seikhlas hati- Aidil Syukri

Guna perkhidmatan encik runner seikhlas hati semalam

Mulanya saya minta perkhidmatan beli barang dapur.Saya list kan barang-barang yang nak dibeli keesokkan harinya dan bagi kepada runner seikhlas hati.Lepas tu Encik Aidil bagitau dia ke Cyberjaya dulu,saya pesan ambilkan sekali bisnes kad saya yang siap print di sana.Alhamdulillah dalam pukul 12 Encik Aidil sampai bersama-barang-barang yang dipesan.Pandai dia beli barang-barang dapur.Hehhe

runner-seikhlas-hati-2
Tu ha…segala dynamo,susu pekat manis,sayur bagai

Encik Aidil berusia 20an dan sudah berkahwin.Bekas pelatih jurutera penyelengeraan kapal terbang.Ada lesen jurutera penyelengaraan kapal terbang.Mula menyediakan servis runner sewaktu Ramadhan lepas.Katanya mula-mula ragu-ragu jugak…ada ke orang nak guna servis kita.Lepas tu lepas hantar isteri beliau ke tempat kerja,Insyaallah ada lah call untuk job hari tu.

Makin banyak job masuk bila dia post di facebook.Lagi pulak geng-geng runner seikhlas hati ni ada group.Mana job yang runner lain tak boleh buat,mereka akan pass ke group.Dapat merasa sama-sama kerja.Kata beliau kalau runners di KL yang dah dikenali setiap hari dapat 10-15 job.Allahuakbar,rezeki Allah merata-rata buat kita yang rajin.

runner-seikhlas-hati-3

 

Aidil cover kawasan sampai putrajaya.Yang mana nak kena hantar dokumen ke,ambik dokumen ke..Boleh guna perkhidmatan beliau.Geng-geng engineer kapal terbang ku..korang boleh gunakan servis Aidil untuk pick up lesen ke atau renew lesen korang ye,kalau tunggu DCA nak hantar…memang berjanggut le.Heheh =)

Bagi fresh grad atau sesiapa saja yang nak mencari kerja tapi tak dapat-dapat kerja lagi zaman gawat ni..Mulakan langkah anda dengan bisnes servis.Buat dan mula dengan apa kemahiran yang anda ada.Contoh servis runner,servis editing gambar untuk bisnes online,jadi editor untuk ebook,buat servis jaga page pemilik bisnes online,guru tusyen atau apa sahaja.Rasulullah memulakan bisnes servis ketika beliau masih kecil.Dia menawarkan servis mengembala kambing kepada pemilik-pemilik kambing.

Mulakan sesuatu,Insyaallah.

Hubungi Aidil Syukri 013 231 7147

Facebook >> Aidil Syukri

#janganberhentiberlari

(Visited 1,485 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Runner Seikhlas Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge