Lifestyle

Review Buku I Need A Helicopter

“I NEED A HELICOPTER.MY PATIENT IS DYING”

Buku ni karangan Dr Afiq Rahim,seorang doktor di Klinik Kesihatan Badang,Kelantan.Waktu banjir banjir besar di Kelantan,Dr Afiq menulis di facebook beliau.Tapi saya tak pernah terbaca.Yang saya follow sewaktu musibah dulu adalah Raja Shamrin.Ok,kali ni saya nak bercerita pasal buku I NEED A HELICOPTER ni.Buku ni terbukti kategori wajib baca.Baru dapat 3 hari dah lunyai dikerjakan 3 orang di rumah ni.Susah tau nak cari buku yang dibuat baca berjemaah,atau pun rebut2 gitu.

buku-i-need-a-helicopter-1
True story

Subhanallah.Buku ni membuka mata saya,minda dan menginsafkan.Permulaan buku ni Dr Afiq ceritakan mengenai banjir di tempat beliau.Oleh kerana buku ini penceritaan dia bersifat macam diari atau jurnal,jadi kita dapat follow atau rasa macam kita juga melalui bibit-bibit permulaan banjir.

Masuk ke fasa ke dua dalam buku ni adalah episod bila banjir dah naik.Masa banjir dulu,kita yang di luar kelantan tak faham betul-betul makna ‘terputus bekalan darat’.Dalam buku ni bila saya baca saya mula faham,betapa gentingnya situasi banjir dulu.Subhanallah,memang tak terbayang kesusahannya.Tu baru di Kota Bharu sis..yang di Manek Urai…sesungguhnya Allah nak menguji hambanya.

Kisah cemas bermula
Kisah cemas bermula

Masa baca buku ni memang cemas sangat.Saya tak boleh stop baca bila episod cemas KKB (Klinik Kesihata Badang) doktor terpaksa isytihar sebagai hospital sementara.Bermula dari malam episod pakcik dan seorang anak muda cedera parah dan hampir menunggu ajal masing-masing….saya dah cemas!Oh perasaan cemas masa baca buku,berapa buku je yang mengundang rasa cemas kat Malaysia ni.Lepas tu sorang baby 2 bulan kejang,Allah…sampai lembik.Dengan keperluan IV nak cucuk yang tak sama size.Yang ni saya nak menagis baca.Kesian.Dan cerita ni realiti-pernah terjadi.Tak dapat saya bayangkan.Terima kasih Dr Afiq sebab sudi kongsikan episod macam ni supaya kami sama-sama memahami.

Sinopsis
Sinopsis

Perasaan diruntun,runtun bila doktor bercerita malam tu..seolah-olah malaikat maut menjengah-jengah ke KKB,menjengah pesakit-pesakit kritikal di KKB serba kekurangan waktu banjir dan terputus jalan darat dengan tempat-tempat lain.Tapi klimaks di sini bila seorang ibu muda yang bersalin di KKB,serviks dia terkoyak.Jantung mak nak luruh baca part ni.Pendarahan banyak amat.Macam magik Allah hantar Dr Haza yang ada pengalama luas dalam perbidanan untuk lapor diri.Ibu yang diuji tu kena jahit serviks tanpa ubat bius.TANPA UBAT BIUS!Satu jarum masuk…Alllah.Tak boleh bayang.Lepas tu…apa ye istilah dia saya lupa.Tapi pendarahan tak nak berhenti.Ish..tak nak cerita banyak bab ni sebab klimaks weh…dengan limited medical supply,pendarahan tak nak berhenti.Mereka guna cara alami untuk kecutkan rahim.Supaya ibu itu jadi stabil,masih bernafas,masih dapat bersama anaknya…part ni..hujan lebat di pipiku.Sedih baca.Sambil menunggu helicopter,doktor gambarkan pesakit dah nyawa-nyawa ikan.Malaikat maut di hujung kepala.Dan ini 100% kisah benar ye.Bukan fantasia novel kahwin paksa.

Apa yang saya dapat dari buku ni adalah menyelami pengalaman hebat-hebat insan-insan yang diuji ketika musibah banjir.Saya belajar bahawa Allah Maha Berkuasa,bila saja dia mahu tarik sesuatu nikmat…sesungguh tak terjangkau dek akal.Dia MAHA..MAHA…!Ibrah yang kita kutip sangat banyak.Tengok sahaja gambar-gambar..Allah.Pilu,sedih.Apa khabar mangsa-mangsa banjir sekarang.

Teruja
Teruja

Finally terima kasih Doktor Afiq sebab sudi berkongsi kenangan hebat anda dengan kami melalui buku.Kalau tak de buku ni,mungkin baanyak alkisah,pengalaman dan ibrah banjir yang saya belum ketahui.Buku yang bermanafaat.Ilmu yang bermanfaat sesungguhnya adalah pencen kubur kita nanti.Tahniah Doktor Afiq.

Kalau anda nak beli buku ini,boleh beliĀ DI SINI.

(Visited 280 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Review Buku I Need A Helicopter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge