Parenting

Review Buku > Didik Anak Connect Dengan Allah

didik-anak-connect-dengan-allah-5

Alhamdulillah,selesai baca buku DACDA  walaupun ditengah-tengahnya pelbagai ujian datang.Tak hairan jika buku ni terus mendapat tumpuan kita dengan sekali imbas saja.Pertanyaan seperti ;

+siapa Allah? +di mana Allah? +kenapa perlu solat?

Semua ini pasti anak kita tanya.Buku ini umpama soalan bocorlah kepada kita.Bersedia dan bakal ditanya nanti oleh anak-anak.

Pada pandangan saya,sebagai ibu bapa kita boleh memilih sama ada

A- memilih tak bercerita langsung atau memilih untuk tidak mengaitkan segala sesuatu dengan Allah.Makanya kita dan anak menjalani kehidupan tanpa perlu berbicara konsep ketuhanan.Dengan harapan “nanti kat sekolah..cikgu ajarlah tu..”Dan topik Allah menjadi topik untuk dielakkan sepanjang anak tidak memasuki alam persekolahan.

B- memilih untuk mendidik dan mendedahkan semuanya dengan konsep ketuhanan.Kaitkan segala benda,peristiwa dan segala sesuatu kepada PenciptaNya.Bukankah hidup kita,bukan kita yang punya.Dan juga memberi input software paling ampuh dengan memberi anak-anak sejak kecil,nikmat rasa berTuhan.

Cara penyampaian dalam buku ini santai.Penulis menyampaikan dengan cara penceritaan pengalaman penulis sendiri berdepan dengan anak.Tapi isi dan kupasannya matang.Walaupun beliau menerangkan secara santai pada anak,tapi ada dalilnya.Yang soalan bocor nanti,boleh kita refer dalil dan juga contoh-contoh cerita yang disampaikan penulis.

Paling mencabar nak menerangkan kepada anak kecil adalah,kenapa saya tak nampak pun Allah?

didik-anak-connect-dengan-allah-6

Sememangnya bukan anak-anak saja yang ingin melihat Allah.Oleh sebab itu,kisah Nabi Musa ini merupakan contoh penerangan terbaik dalam menerangkan situasi tersebut.Tambahan penulis garap supaya ia mudah disampaikan kepada anak-anak kecil.Alhamdulillah

Ini doa yang menyentuh hati dalam buku ni pada saya lah

didik-anak-connect-dengan-allah-7

Jom kita tengok apa isi-isi yang kita boleh ‘connect’ anak kita kepada Allah dalam buku ini.

didik-anak-connect-dengan-allah-10
Siapa Allah.Memang ibu segala soalan bila kita memperkenalkan Allah dengan anak kita

 

didik-anak-connect-dengan-allah-3

Penulis beri tips mudah,sama seperti ringkasan pada setiap akhir bab.Tuntas,menusuk hati.Deep!

didik-anak-connect-dengan-allah-8

Ya,Allah lebih besar dari masalah kita.Kata-kata ini bukan sekadar untuk anak.Malah kita sendiri.Amat bermanafaat.Bacalah berulang kali.Bacalah bila kena soal dengan anak anda =)

didik-anak-connect-dengan-allah-11

Alhamdulillah,buku Didik Anak Connect Dengan Allah saya dah baca.Next > 365 Tips Didik Anak Gaya Nabi

Berapa harga buku ini?

Didik Anak Connect Dengan Allah RM20

365 Tips Didik Anak Gaya Nabi RM18

Beli kombo buku didik anak + kos pos ke semenanjung =RM45

Boleh buat belian di www.littlemunas.com atau whatsap saya 017 223 5362

 

 

BENGKEL DIDIK ANAK BERKELAKUAN POSITIF DENGAN TEKNIK NABI

bengkel-teknik-nabi-25

Maklumat lanjut, KLIK DI SINI >> bengkel-mendorong-anak-teknik-nabi

(Visited 687 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge