Resepi

Resepi Telur Rupa Macam Di Hotel

Assalamualaikum. Salam cuti sekolah. Bersilat kita di rumah waktu-waktu cuti ni. Setiap hari saya cuba adakan aktiviti untuk anak. Tak lupa menyediakan sarapan berkhasiat. Jadi pagi ni saya buatlah sarapan telur yang anak saya suka. Saya masukkan dalam resepi ini cendawan shitake. Kegemaran kami semua. Sebab cendawan patut ada dalam menu diet cegah kanser setiap hari.

Resepi Scamble Egg dengan cendawan

resepi-scramble-egg-cendawan-1

Ha, sedap tak rupanya. Macam hidangan buffet di hotel kan? Saya kongsi sedikit resepi ni. Sesuai untuk kanak-kanak sebab rasa dia lemak-lemak dan berkhasiat.

Bahan-bahan

3 biji cendawan
5 biji telur
1 sudu marjerin
1 1/2 sudu susu cair
Secubit oregano, lada sulah dan garam

resepi-scramble-egg-cendawan-2

resepi-scramble-egg-cendawan-3

resepi-scramble-egg-cendawan-3

Cara memasak

1- Cincang cendawan guna turbo chopper.
2- Satukan semua bahan dalam mangkuk beserta cendawan. Kacau.
3- Panaskan kuali dan masukkan telur. Siap.

resepi-scramble-egg-cendawan-5

Ada tips sikit untuk ibu-ibu semua

+ Nak dapat tekstur macam dalam gambar, asal bahagian bawah nak keras sikit,balik-balikkan telur.Dapatlah tekstur macam telur kat hotel.

+ Susu dan marjerin bagi rasa lemak-lemak.Nak guna susu segar pun boleh.

Ok, selamat mencuba.

(Visited 152 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge