Resepi

Resepi Sup Bebola Ikan

Alhamdulillah minggu lepas saya mencuba satu resepi sihat dan sedap.Sesuatu yang saya tak sangka boleh buat pun.Sup bebola ikan.Bebola ikan tu saya buat sendiri.Cara buat sup saya tak perlu tunjuk sangat.Cuma saya teruja nak tunjuk cara saya buat bebola ikan ni.Rupa-rupanya bebola ikan sangat senang dibuat dan sangat sihat untuk makanan anak-anak.Tanpa perasa tiruan dia dah sedap sangat.

Resepi Sup Bebola Ikan Tenggiri

Bahan untuk bebola ikan

1 ekor ikan tenggiri

secubit garam

sedikit rempah sup

Bahan untuk sup

3 ulas bawang putih (dipotong)

1 biji bawang merah (dipotong)

1 inchi halia (dipotong)

lada sulah dan secubit garam

Tambahan> sayur sawi dan lobak merah

Cara membuat bebola ikan

resepi-sup-bebola-ikan-1

  1. Keluarkan isi ikan tenggiri.Buang tulang dan kumpulkan.Kepala dan ekor ikan tenggiri jangan dibuang.Digunakan untuk buat sup nanti.
  2. Tabur secubit garam dan rempah sup.Cincangkan isi ikan.Balik-balikkan,cincang lagi sehinggan kenyal dan bercampur elok.
  3. Campurkan sedikit tepung jangung.Pastikan tangan basah dan bulat-bulatkan.
  4. Masak sedikit dengan merebus sebentar dalam air mendidih.Air mendidih tadi simpan untuk dibuat sup.

Di bawah saya kongsikan gambar yang lebih jelas saya cari di internet.

resepi-sup-bebola-ikan-3
Kredit gambar :http://www.mummyicancook.com/2012/09/how-to-make-bouncy-100-fishballs.html

Ini hasil akhir bebola ikan saya.Lawa ke tak lawa ke,sedap dan asli.

resepi-sup-bebola-ikan-2

Sedap tau

Cara buat sup

  1. Gunakan kepala dan ekor ikan tadi untuk membuat ‘broth’ sup.Air yang digunakan untuk merebus sebentar bebola ikan juga boleh digunakan untuk buat sup.
  2. Masukkan bawang merah,bawang putih,halia,lada putih dan garam.Tunggu sehingga mendidih menjadi ‘clear’ sup.Keluarkan kepala dan ekor ikan tadi.
  3. Masukkan sawi ketika sup hampir mendidih.
  4. Sup sedia dimakan dengan mee,kuey teow atau bihun.

p/s : lebihan sup atau sup ‘broth’ ini anda boleh simpan sedikit untuk membuat makanan bayi.Mesti sedap

resepi-sup-bebola-ikan-4
Kredit gambar:http://www.angsarap.net/2013/06/06/fishball-noodle-soup/

Gambar sekadar hiasan.Mak tak sempat nak snap gambar…kaluit anak nak makan!

Selamat mencuba resepi sup bebola ikan tenggiri ni.Senang,cepat dan sihat.

(Visited 2,241 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge