Resepi

Resepi Sarapan Mudah [Guna Roti Sahaja]

Roti gardenia masih ada sebuku.Nak buat sarapan hebat kat suami dan anak-anak?Anda kena cuba resepi ini.Nampak hebat dengan bahan-bahan mudah dirumah.Ya,seafood pizza dan mini pizza.Jangan tanya pasal nak buat roti pizza,memang saya tak tahu langsung.Jadi kita kena kreatif sikit supaya nampak sedap dan waktu memasak lebih pantas.Jom cuba resepi mudah ini

Resepi Seafood Pizza menggunakan roti

Bahan-Bahan

5 keping roti gardenia sebagai base pizza [mengikut kesesuaian pan anda]

200gm udang

2 biji tomato [dipotong dadu]

1biji bawang [dipotong dadu]

3 ulas bawang putih [diketuk]

1 sudu teh mix herbs

1 sudu teh gula

sedikit garam sebagai perasa

sedikit black pepper

sedikit mentega untuk dileserkan pada loyang

generous amount of cheese untuk diletakkan atas pizza

Cara Memasak

1. Leserkan mentega pada loyang.Letakkan roti sebagai base pizza seperti dalam gambar.Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180 selama 10 minit supaya roti menjadi keras sedikit.

Padat-padatkan begini
Padat-padatkan begini

2. Mula membuat inti pizza semasa roti dimasukkan dalam oven.Panaskan minyak dan tumis bawang yang.Setelah bawang kuning masukkan tomato yang dipotong dadu.

3. Masukkan mix herbs dan sedikit air.Tunggu sehingga tomato mula hancur dan memekat.

4. Masukkan gula dan sedikit black pepper.Kemudian masukkan udang dan masak sehingga kuah memekat.Perasakan dengan garam.

5. Setelah inti siap,letakkan inti ke atas base pizza tadi dan tabur cheese di atasnya.Bakar pada suhu 180 selama 5-10 minit.

Rupa pizza yang hebat.Hehehe
Rupa pizza yang hebat.Hehehe

Resepi Roti Telur dan Cheese

Resepi ni sesuai untuk anda yang rajin buat bekal mahu pun makan sahaja sarapan di rumah.Tapi rasa nak cuba jenis sarapan yang lain dari biasa.Boleh cuba resepi ini.Kalau ber-bento,ini juga mudah.Lepas tu boleh hias dengan smiley face atau apa sahaja yang menarik untuk anak anda.

Mudah,cepat dan lazat
Mudah,cepat dan lazat

Bahan-bahan sekeping roti telur cheese

1 keping roti

1 biji telur

1 keping sosej.Dihiris nipis

sedikit mix herbs

sedikit white pepper

keju

aluminium foil dan dibentuk seperti kotak kecil sebesar saiz roti.Tinggikan sedikit tepinya supaya menjadi seperti mini loyang.

Cara-cara memasak roti cheese & telur

1. Roti ke dalam aluminium foil.Letakkan sosej yang dihirs mengikut kegemaran anda.

2. Pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi.Mini loyang aluminium tadi akan menampung telur supaya tidak jatub meleleh ke sisi.

3. Tabur sedikit mix herbs dan pepper.Tabur keju di atas telur tadi

4. Bakar dalam magic pan atau oven sehinggan telur masak.Hiaskan dengan sedikit cili sos.

Bakar dalam magic pan
Bakar dalam magic pan

Selamat mencuba

 

DAPATKAN BUKU IDEA BEKAL KE SEKOLAH PADA HARGA DISKAUN >>KLIK DI SINI

Print

(Visited 35,454 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge