Resepi

Resepi Nasi Arab Maqluba

Cerita pengalaman sikit boleh?Sebagai penjual rempah arab,soalan yang saya dapat adalah; apa beza rempah maqluba,mandy dan khabsa?

Jadi hari ni saya cerita sikit.Saya bukan pakar.Ini yang saya boleh cerita sedikit mengenai nasi maqluba yg saya tahu dengan pengetahuan saya yang terhad.Please don’t ¬†quote me.

Nasi arab maqluba popular di Palestine yang saya tahu.Di wikipedia katanya makanan tradisi Iraq dan Parsi.Maqluba bermaksud periuk terbalik.Apa yang terbalik?Ok,sayur-sayuran akan disusun dibawah periuk,kemudian nasi dimasak di bahagian atas.Jadi bila nasi maqluba dihidangkan,mereka akan terbalikkan periuk dan jadilah begini;

Nasi Arab Maqluba
Nasi Arab Maqluba.Sumber:google

Saya sangat suka nasi arab maqluba sebab banyaaak sayur-sayuran.Jom tengok resepi.

Resepi Nasi Arab Maqluba Al-Bayt

Bahan-Bahan Untuk Nasi

beras basmathy 450gm [utk 4-5 orang makan]
rempah serbuk maqluba
rempah tumis maqluba
****semua terdapat dalam set rempah al-bayt

Isi dalam sekotak kit rempah arab maqluba
Isi dalam sekotak kit rempah arab maqluba

Bahan-bahan untuk sayur maqluba

1 ekor ayam
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
5 biji terubg [dihiris bulat]
2 biji kentang
200 gm bunga kubis [saya ganti dengan brokoli]
1 batang cili hijau
2 biji tomato
minyak masak
garam

Perhatian;

1 1/2 sudu besar rempah serbuk maqluba untuk perapan ayam
1 sudu besar rempah serbuk maqluba untuk masak nasi
****kentang,terung dan bunga kobis digoreng terlebih dahulu tanpa garam

Bahan-bahan untuk ayam

5 ulas bawang putih dikisar
11/2 sudu rempah arab maqluba
garam dan 1 sudu minyak
Semua bahan-bahan dilumur dan perapkan kepada ayam.Saya panggang menggunakan pemamanggang ajaib.Panggang mengikut citarasa andaMinyak lebihan ayam panggang disimpan untuk masak nasi nanti.
Bahan-bahan untuk memasak
Bahan-bahan untuk memasak

Cara memasak nasi

1.rendam beras selama 20minit dan toskan
2.1ulas bawang besar,5 ulas bawang putih dan 1sudu rempah maqluba dikisar.Tumis bersama rempah hidup [pelaga,cengkih dan kayu manis yg terdapat dalam perk rempah].
3.Tumis dan masukkan 650ml air.Biarkan iamendidih
4.Susunkan 1 ulas bawang besar,kentang goreng,terung,bunga kobis dan tomato dalam rice cooker.
5.Masukkan beras yang ditoskan beserta tumisan rempah tadike dalam rice cooker [diatas susunan sayur tadi]
6.Masukkan 2sudu garamdan 1 batang cili hijau
7.Tanak nasi sehingga 80% masak,kemudian masukkan lebihan minyak ayam panggang.Gaul perlahan-lahan.
8.Biarkan sehingga masak.

 

 

Ini hasil air tangan saya
Ini hasil air tangan saya

Saya makan bersama sos harrah arab.Nanti saya akan bagi resepi ye.Insyaallah.Dah syukur cukup sedap dah.

Ini gambar dari pelanggan saya

Syikin,dari Subang masak dan jamu keluarga
Syikin,dari Subang masak dan jamu keluarga
Lina Harlina,pun masak
Lina Harlina dari PJ,pun masak
Puan Nor dari Cheras
Puan Nor dari Cheras
Menteri Besar Kelate
Menteri Besar Kelate

Nak beli rempah arab Al-Bayt?Ada 4 jenis MAQLUBA AYAM,KHABSA AYAM,MANDY AYAM & MANDY KAMBING.Boleh hubungi saya di 017.223.5362.

resepi-nasi-arab-maqluba-8
Harga sekotak RM15
(Visited 400 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge