Lifestyle

Resepi cloud dough dengan 3 bahan

Di Malaysia masih kurang aktiviti bermain bersama anak dengan mainan-mainan DIY ni.Tapi yang saya suka sangat trend ibu-ibu sekarang adalah bento bekal anak ke sekolah.Ibu-ibu baru juga dah mula memberi bayi mereka makan makanan yang sihat dan segar.

Gambar ihsan: google
Gambar ihsan: google

Ramai pernah dengar playdough kan?Apa beza dengan clouddough?DIY playdough teksturnya sama seperti playdough di pasaran,ala-ala platesin.Zaman saya panggil plastesin.Zaman anak saya,mak dia buat kan plastesin kat dia di rumah.Tanpa toksik lagi.Clouddough pula teksturnya lebih lembut dari playdough…seolah-olah super lembut playdough tapi masih boleh dibentuk.Disebabkan teksturnya yang lebih lembut..dia agak cepat kering dan berubah menjadi seperti tepung lepas anak anda main setelah beberapa jam.

A very nice texture to play with.Tapi ibu boleh sediakan alas bermain supaya senang nak sapu lepas tu.Boleh main di atas poncho atau dalam kolam kanak-kanak.Lepas tu…zaaap!Angkat dan buang dalam tong sampah clouddough yang dah kering dan berubah tektur tu.Jika nak tahan lama.Simpan sedikit adunan ke dalam plastik untuk di main keesokan hari.

Bahan-bahan

Conditioner rambut [beli yang paling murah pek sample/free]

Tepung jagung

Pewarna makanan pilihan anda

Cara buat

Masukkan conditioner rambut ke dalam bekas.Dan tambah tepung jagung sehingga adunan tadi menjadi lembut.Ratio tepung jagung mesti bergantung kepada jumlah conditioner rambut yang anda gunakan.Kacan sehingga adunan sebati dan tambah pewarna mengikut warna kesukaan si kecil.

3 bahan sahaja
3 bahan sahaja

Saya buat warna biru minggu lepas.Lepas tu anak saya main sakan!Yang penting cloud dough ni senang sangat nak dibuat dan wangi.Ye la..mengikut bau conditioner rambut yang anda gunakan.Petang tu anak saya main puas-puas.Selamat mencuba!

Contoh clouddough dari blogger lain.Kredit gambar : google

contoh-clouddough
Memang betul-betul macam awan bila dia gunakan warna-warna pastel.Gebu!

 

(Visited 691 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge