Aktiviti bersama anak · Cooking Activity · Resepi

Resepi burger ayam untuk kanak-kanak

Assalamualaikum,kali ni entry masak-memasak resepi kanak-kanak.Bukan saya tak masak makanan orang tua.Tapi passion nak update blog tu semua ke arah anak-anak.Gitu…Resepi ni tanpa MSG.Paling sesuai untuk mereka.

Resepi ni saya dapat dari entry blog >> Burger Ayam Sendiri Bikin dari Mama Kicthen 

Ini resepi tuan punya yang asal.

resepi-burger-untuk-kanak-kanak-5

Jangan ingat kita perlu ad food processor untuk buat burger ok.Tak perlu jugak kena beli minced meat.Ok.Saya ambil dala setengah kilo isi ayam.Biasanya saya simpan isi-isi ni sebab tak minat dibuat gulai.Saya tak gemar isi.Jadi isi-isi ni saya guna untuk buar burger.

Cara buat ayam cincang tanpa food processor

Tengok video ni,cara buat ayam cincang.Serius saya tak de food processor.Ada 1 aset,pisau besaq.Siap kita cincang ayam kita buat burger ikut resepi saya.

Resepi burger ayam untuk kanak-kanak

 

Bahan-bahan

500 gm ayam (cincang seperti video di atas)

1 cawan serbuk roti

1 labu bawang besar cincang halus

1/2 sudu black pepper untuk tabur di luar

lada sulah dan garam secukup rasa

sedikti oregano dan thymes

sebiji telur

Saya tak gunakan kiub ayam.Rasa ayam itu sendiri dan cukup sedap.

resepi-burger-untuk-kanak-kanak-3

 

Cara buat

Campurkan ayam cincang dengan telur,garam,lada sulah,oregano,thymes dan bawang.Gaul sebati dan biarkan dalam 15minit.Supaya serap dan sedap.

Campurkan bahan di atas dengan serbuk roti dan bentukkan.Sedia untuk digoreng ala-ala menggoreng burger.Siap.

resepi-burger-untuk-kanak-kanak-2

Alhamdulillah.Boleh tengok muka kanak-kanak makan.Letak mayonis.Buat maca burger betul.Dikapit roti burger.Sedap sangalah untuk anak anda.

resepi-burger-untuk-kanak-kanak-1

DAPATKAN BUKU IDEA BEKAL KE SEKOLAH PADA HARGA DISKAUN >>KLIK DI SINI 

Print

(Visited 566 times, 1 visits today)

One thought on “Resepi burger ayam untuk kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge