Bedah Buku

Projek 100 buku setahun (buku 1)

Assalamualaikum.Baru-baru ni saya follow instagram indonesia montessori.Saya sangat tertarik dengan satu projek dia iaitu 1000 buku sebelum umur 5 tahun.Maksudnya target sebelum anak dia berumur 5 tahun samada dia bacakan buku untuk anak dia,mahupun bila anak itu sendiri dah pandai baca,bila umur si anak dah 5 tahun dia sudah membaca 1000buah buku.Menarik kan?Kalau dia nak baca 1000 buku untuk 5 tahun,maka setiap bulan dia mesti membaca 17 buah buku (lebih kurang).

100 buku dalam masa setahun
100 buku dalam masa setahun

Saya tertarik.Jadi saya buat dulu projek 100 buku setahun.Insyaallah.Maksudnya saya kena baca sekurang-kurangnya 8-10 buku sebulan.Eh..bukan saya baca.Anak saya yang baca.Atau saya bacakan untuk mereka.Tapi saya nak rekodkan.Ala-ala projek nilam tau.Hehehe

BUKU 1/OGOS/2015

see-me-grow-book-1

Tajuk: See Me Grow

Penerbit:Scholastic

Sumber:Bahagian Perpustakaan Kanak-kanak,PPAS

Kalau buku hard-cover macam ni memang selalunya saya pinjam di perpustakaan lah.Cuba cari di bahagian sains,belakang sekali berdekatan dengan terminal komputer.Di sana banyak buku berbentuk sains dan ‘discovery’.

Fakta arnab membesar
Fakta arnab membesar 

Saya suka siri Scholastic ni sebab gambar dia terang dan jelas tau.Satu-satu anak boleh faham.Bahasa inggeris pun mudah.

Comel sangat
Comel sangat

Ini cerita pasal ayam.Lifecyle of a chicken.Bukan apa,kadang-kadang anak-anak tak pernah nak tengok ayam betul.Yang masuk mulut dia kenal lah.Ini ha..cerita sungguh-sungguh.

Lifecycle of a frog
Lifecycle of a frog

Sebab cantik dan senang nak di baca untuk anak,memang saya cuba cari buku scholastic di PPAS kalau nak pinjam buku.Ini muka anak saya,masa kami membaca dalam kereta.Balik kampung raya 2015.

Ok sekian untuk buku satu.Da..

(Visited 249 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge