Parenting

Program Puan Ashikin Hashim

Parents Workshop: I Can Teach My Child To Read

Semalam telah berlangsung Workshop I Can Teach My Child to Read di Butik About Umi&Baby,Subang Bestari .Beruntungnya saya dapat menuntut ilmu dari seorang penulis dan boleh saya katakan early childhood educator yang berpengalaman luas berdasarkan latar belakang yang beliau kongsikan di awal sessi.Saya akan berkongsi serba sedikit dengan anda apa yang saya pelajari semalam supaya semua beroleh manafaatnya.

Parents Workshop 9th May 2015
Parents Workshop 9th May 2015

Puan Ashikin memulakan kelas dengan objektif kelas ini diaakan sendiri.Saya sangat suka,bukankah sesuatu yang kita kerjakan ‘begins with the end in mind’.Jadi kita lihat apa yang ibu bapa inginkan dalam mendidik anak membaca: menjadikan RUMAH,SEKOLAH PERTAMA ANAK-ANAK.

Rumah,Sekolah Pertama Anak-Anak

Terang lagi bersuluh anak-anak belajar segala sesuatu bermula seawal dilahirkan dari rumah.Dalam topik ini banyak diterangkan kepentingan rumah sebagai asas sesuatu pendidikan.Kerana sejak lahir lagi kita yang mendidik anak secara tidak langsung.Mereka mengikut apa saja yang kita lakukan,input kita kepada mereka.Pendidikan bukan bermula ketika mula mendaftar tadika.Ya itu permulaan ‘pendidikan formal’.Tetapi pendidikan yang lebih utuh sebenarnya di mulakan atau dibentuk dari rumah.Dalam sessi ini kami diberi galakkan,idea dan teknik untuk mengajar anak dengan ‘natural way’ iaitu bermain.Sangat seronok.Puan Ashikin juga banyak berkongsi pengalaman beliau sebagai Principal Genius Aulad.Berkongsi lagu yang boleh dinaynyikan bersama seisi keluarga,untuk mendidik dan menarik minat anak.

Workshop yang interaktif.Kami boleh terus cuba kepada anak
Workshop yang interaktif.Kami boleh terus cuba kepada anak

Ibu Bapa,Guru Pertama Anak-Anak

Dalam sessi ini kami diajar teknik urutan bayi untuk merangsang pergerakan dan pendengaran bayi.Kami beruntung juga kelas disertai oleh Doktor Syed Khalid,seorang Paedtrician di HUSM,Kelantan.Doktor turut berkongsi info dan tips dari sudut perubatan.Memang seronok workshop kali ini.Kami didedahkan juga dengan kajian mengenai infant reading.Maksudnya kita membacakan buku kepada anak-anak sejak bayi lagi.Ini dapat meningkatkan rangsangan pendengaran mereka.Bukan bayi faham pun apa yang kita baca,tapi dia mahu mendengar suara kita,ransangan bunyi.Menurut kajian WHO,bayi yang mereka bacakan buku,literacy rate mereka meningkat.Kajian ini dilakukan di Afrika,sehingga WHO menggajikan guru untuk membaca kepada bayi.

Puan Ashikin,Doktor Jazmin dan Doktor Syed Khalid.
Puan Ashikin,Doktor Jazmin dan Doktor Syed Khalid.

Ini pandangan peribadi saya,semasa saya jual softbook kepada ibu-ibu di booth.Memang ibu-ibu “aware” mengenai infant reading dan menunjukkan minat untuk membeli dan membaca kepada anak.Tapi bila ditoleh kepada suami mereka,selalunya suami akan cakap macam ni “buat apa beli,bukan dia (baby) pandai baca pun”.Well hellooo!(sorry saya emosi sikit) Encik  suami,awak balik dan tolong buka minda mengenai infant reading.Kesian saya tengok ibu-ibu yang terpaksa akur dengan “remark” macam tu dari suami mereka tau..Bukan sales softbook yang saya kejar.Tapi tolonglah membaca kepada bayi anda.

Dua tajuk terakhir ; READING IS NOT A RACE dan PLAY MORE LEARN MORE insyaallah saya kongsikan dalam entry akan datang.Kalau anda suka dan minat sangat mengenai workshop,sharing dan kelas macam ni,jangan lupa LIKE dan FOLLOW facebook Butik About Umi&Baby,Subang Bestari .Setiap bulan kami isi jadual kami dengan kelas-kelas sebegini.

Gambar kenangan bersama Puan Ashikin
Gambar kenangan bersama Puan Ashikin

Inilah buku tulisan Puan Ashikin bertajuk Ibu Bijak Anak Bahagia

buku-ibu-bijak-anak-bahagia-1

Buku-buku beliau boleh didapati di sini >> http://littlemunas.com

Atau walk in ke Butik About Umi&Baby,Shah Alam

Kelas akan datang bersama Puan Ashikin Hashim di About Umi&Baby adalah pada 12 Septemer 2015.Untuk pendataran boleh whatsap Roslina 017 223 5362 atau Sharifah Nur 017 9829 411

kelas-ajar-anak-membaca-7

(Visited 588 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge