Jalan-jalan · Lifestyle

Petang-petang di Gertak Sanggul,Pulau Pinang

Raya haji yang lepas memang meriah suasana cuti kan?Bersabung pula dengan cuti Hari Malaysia.Ramai yang ambil kesempatan pulang beraya,sambut kenduri,jalan-jalan mahupun duduk di rumah saja.Waktu cuti panjang hari tu saya balik kampung.Saya,anak-anak dan seorang adik saya teman kami berkereta ke Penang.Kampung tetapi bukanlah suasana kampung.Rumah ayah saya,rumah apartment tingkat 8.

Pagi-pagi pemandangan balkoni rumah kami memang indah.Nampak air laut pasang surut,kapal terbang turun naik dan suasana senja yang cantik.Ini nikmat Allah.Asyik bila saya pandang ke luar balkoni hari-hari.

Pemandangan dari balkoni rumah Pulau Pinang
Pemandangan dari balkoni rumah kami

Petang di Gertak Sanggul

Petang itu saya berjumpa sahabat sekolah menengah saya,Zulina di kawasan rumah beliau di Gertak Sanggul.Gertak Sanggul adalah kawasan paling hujung di kawasan Teluk Kumbar.Jalannya mati di situ.Ianya berupa pantai tempat nelayan naikkan ikan.Sekitar 5-10 minit dari rumah saya.

Pandangan petang dengan bot nelayan
Pemandangan petang memukau pandangan

Pantai Gertak Sanggul kurang sesuai untuk mandi manda atau perkelahan.Tapi pemandangan laut dan kapal-kapal nelayan sangat cantikbagi penggemar fotografi.Gambar kahwin saya,saya ‘shoot’ di sini.Usai selesai majlis di rumah,kami terus ke Gertak Sanggul,bergambar.

Gambar kahwin saya di sini pada tahun 2009.
Gambar kahwin saya di sini pada tahun 2009.

Keletah anak-anak

Petang itu,Zulina masak bihun banyak.Kami berkelah dah macam sekampung di pangkin tepi laut.Bawah pokok ketapang.Saya bawakan teh ais tambahan kepada teh ais Zulina.Bihun pun jadi makin sedap bila makan sambil kena angin sepoi-sepoi bahasa.

Makan bihun tepi laut
Suasana makan petang santai

Anak saya dah bersedia dengan baju mandi dari rumah.Mula-mula mereka malu-malu kucing nak main air.Mainlah dengan pasir.Mana tak seronok,pasir sebenar sejauh mata memandang.Kawan dengan anak-anak sahabat saya dan sepupu-pupu mereka,kecoh jadinya.

bermain-pasir-pantai-mengujakan
Kalah pasir kinetik,anak-anak memang teruja main pasir sebenar

Lepas tu mereka baring,meniarap,tendang ombak dan macam-macam aksi.Tak sempat saya rakam.Mak sibuk bersembang.Adik saya Fatin yang layankan mereka.Pendek kata,seronoklah sangat bila balik ke rumah Tok Wan di Pulau Pinang.Petang-petang mesti ada aktiviti.Saya nak lepaskan tenaga mereka sebenarnya.Biar senang tidur malam.Seronok main air lautMula celup kaki dan aksi seterusnya

Sempat saya ‘google’ asal usul nama Gertak Sanggul.Kisahnya berdasarkan seorang perempuan yang berulang-alik menjalankan rutin hariannya di Teluk Kumbar.Disebabkan jalan berbukit-bukit untuk dari Gertak Sanggul ke Teluk Kumbar pergi dan balik,basikal yang dinaikinya terhenjut-henjut.Ini menyebabkan sanggulnya terjatuh.Artikel menarik ini saya jumpa di sini > https://sukawebnsso.penang.gov.my

(Visited 184 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge