Advertorial

Pes soto yang sedap dan serbaguna

Ramadhan dah dekat.Lagi 10 hari.Kebiasaan masa Ramadhan kitalah golongan paling kena bangun awal dari seisi rumah.Kena masak atau panaskan lauk untuk sahur.Pagi-pagi tau…Mak-mak biasanya bangun oukul 4-4.30pagi siapkan sahur.Kalau boleh masa tu biar masak yang short cut saja.Tapi yang penting sihat dan healthy OK.

Siapa pernah makan kat satu kiosk Selera Sri Tongkang di Giant,Shah Alam.Soto dia sedap meleleh.Saya google dan memang jumpa blogger review kiosk ni.Yang paling saya suka laksa johor dia..jatuh cinta weh.Disebabkan memang sedap soto dia,kita cuba pes soto selera sri tongkang.Nampak tersusun je di kedai.

Tuan punya kedai dan resepi,Kak Sila kata ni pes soto.Dia beritahu saya sukatan dan cara guna.Dia kata untuk masak soto,tapi saya rasa dia tak beritahu habis-habis kat saya…Sebab saya bawak balik saya buat macam-macam,bukan takat soto.Serbaguna.Berat pes soto ni 300gm.Saya pakai cubit-cubit sebulan,tak habis lagi!Ini memang alat bantu ibu-ibu masa bulan puasa ni.

Jom tengok apa saya dah buat dengan pes soto Sri Tongkang ni.

Sup Ayam

pes-soto-yang-sedap-6

Ini saya gunakan untuk resepi sup ayam.Masa tu anak saya kena penyakit tangan,kaki dan mulut.Dia ada ulser.Memang buat sup-sup aja.Tak boleh nak hadap memasak lama,sebab masa tu anak saya merap.Sebab ulser kat mulut.Jadi saya masukkan ayam.Tambah 2-3 sudu rempah soto Sri Tongkang ni,campak segala sayuran dan tunggu mendidih.Kala saya,memang sayatak masukkan garam dah sebab rasa masin tu semua dah cukup rasa.

pes-soto-yang-sedap-4

Memang rempah soto ni cepatkan kerja saya masa tu.Sup renehkan sekejap.Siap!Anak saya yang sulong hantu sup.Memang bertambah-tambah.

Ayam Masak Kicap Berempah

Dulu saya masak ayam masak kicap memang style simple je,Campak bawang dan serai gitu-gitu je.Tapi bila menetap lama di Subang ni,kita cubalah resepi negeri-negeri lainkan.Yang arah-arah Selatan,ayam masak kicap dia berempah sikitkan?

pes-soto-yang-sedap-3

Jadilah ayam masak kicap lazat.Berempah gitu.Husband punyalah suka.I pakai rempah Sri Tongkang je..Cepat masak,tak payah tunggu-tunggu rempah masak.Jangan tanya mana gambar hidangan.Sudah kena ngap sebelum snap lawo-lawo.

Bubur Ketika Anak Sakit

pes-soto-yang-sedap-1

Bila anak tak sihat.Memang nak masak apa pun nak cepat.Buat bubur pulak kena extra sedap,sebab nak bagi anak tu lalu makan kan?Apa lagi.Campak 2-3 sudu.Dap3!Macam Dato’ Vida pulak.

Tapi cuba peratikan jumlah pes soto tu,memang banyak.300gm sebekas.Berat dan boleh guna banyak kali.

Maggi Sup

pes-soto-yang-sedap-2

Saya amat tak suka masakkan pada anak-anak megi guna perencah.Saya tau baaanyak MSG..Bila malam-malam rasa nak makan megi,saya masakkan megi sup sayur kat anak-anak.Rempah soto ni saya konfiden sebab saya tahu apa ingredient dia.Kalau yang serbuk-serbuk tu…semua nama-nama dia menakutkan.

Sedap!Anak tambah 3kali.

Pes Rempah Soto Sri Tongkang ni memang pes soto yang sedap.Isinya 300gm sangat banyak berbanding pes soto lain.Puas kita makan,kita buat rempah dalam pelbagai masakan kita tau.Pekat dan kalau buat sup tu..memang dah cukup rasa.Ada sebekas kat rumah..boleh masak cepat masa posa nanti.Saya rekemen sangat-sangat.

Pes Rempah Soto Sri Tongkang

Dapatkan di Kiosk Selera Sri Tongkang di Giant Hypermarket,

Shah Alam atau di gerai MBSA belakang Mutiara Subang.

Puan Shila 012 991 1742.

(Visited 746 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge