Aktiviti bersama anak · Jalan-jalan

Pertama kali menaiki ETS dengan anak kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah.Rasa refresh sebab pulang ke kampung minggu lepas.Mood seronok tu masih ada.Tapi diuji dengan anak yang demam.Sebab tonsil bengkak.Seorang ibu,kalau anak dia demam memang gelisah.

Dari LRT ke KL Sentral

Perjalanan menaiki ETS dengan anak kecil bermula
Bermula dari Stesen LRT Ara Damansara

Balik kampung kali ni saya nekad mencuba perkhidmatan ETS.Sebelum ni saya dengar-dengar agak selesa.Yang saya suka,ianya cepat.4 jam sahaja dah sampai ke Butterworth.Jadi suami dan saya takde lah penat memandu. Boleh simpan tenaga sebab keesokkan harinya suami perlu balik semula ke Subang.

Perjalanan kami bermula dari stesen LRT Ara Damansara.Palinng dekat dengan rumah kami.Anak-anak dah teruja.Si kakak dah mula bangun seawal 6 pagi.Dari stesen Ara Damansara kami ke KL Sentral.Anak saya yang lelaki tu,ternganga.Dia jarang naik LRT.

Sampai di KL Sentral

Menunggu ketibaan ETS
Tempat menunggu ETS diKL Sentral

Sesampainya di KL Sentral,anda ke arah kiri dan naik eskalator.Anda akan sampai ke tingkat 1 lagi di mana ramai orang akan berkumpul menunggu keretapi.Kalau tak tahu memang kena tanya kaunter pertanyaan ya.Agak ramai orang yang menunggu keretapi dan ETS.

Anda perlu alert waktu berlepas.Sebab ETS ni berjalan tepat masa.Kemudian pekerja KTM akan panggil “Butterworth,pukul 9.30….ETS Butterworth 9.30…”.Ini masih gaya lama.Dan berpusu-pusu orang akan pergi ke gate.TANPA BERATUR ok..!Masih gaya 70an.Saya ingat 2016 ni habis dah sistem lama macam ni.

Menaiki ETS
Masih cara lama menuju ke tempat berlepas

Tempat duduk dalam ETS

Jenis tempat duduk dalam ETS
Dapat tempat duduk berhadapan

Coach kami coach E.Alhamdulillah.Bila tengok tempat duduk..Wah kebetulan kami dapat seat yang mengadap sesama sendiri dan ada meja kecil di tengah.Rezeki kami hari tu.Senang sikit nak jaga anak kecik tau bila seat macam ni.

Tempat letak barang besar
Tempat letak beg di bahagian depan coach

Ruang letak beg juga selesa sebab kami bawa beg troli yang besar.9.30pagi ETS bertolak dan anak-anak semua teruja.Mak nye pun sama…Tepat tau waktu ETS bertolak.Saya suka.Dan bermulalah eksplorasi anak-anakku.

Makanan dalam ETS

Mula-mula kami ke coach C.Tempat terletaknya kantin.Saya terbayang satu coach atau kabin ni kantin.Ada orang masak-masak.Rupanya ia macam kiosk kecil.Ada 2 meja untuk makan.Selebihnya adalah tempat duduk penumpang.

Makanan dalam ETS agak mahal.Minuman seperti kopi RM2.70.Kalau kombo kopi dan nasi lemak rendang Pak Roslan harganya RM9.Rupa makanan jenis kompak macam dalam kapal terbang.Selain tu ada jugak set bihun,set popia dan lain-lain.

Seeloknya kalau bawa anak kecil ni,bawaklah bekal yang mudah seperti sandwich.Jangan bawak nasi lemak dan berkelah atas ETS.Nanti kena marah.Kang tumpah sana sini.

Kemudahan dalam ETS

Agak selesa.Ada kemudahan surau dalam coach C.Tanda jugak ada hampir kesemua coach.TV juga disediakan. Jadi tak bosan.Kalau bawa anak kecik perjalanan 4 jam rasa kejap je.Dok layan kemahuan mereka,tup-tup dah sampai.

TV dalam ETS
TV dan informasi perjalanan

Pemandangan sepanjang perjalanan berselang seli,rumah-rumah luar bandar,hutan dan sungai.Paling saya suka pemandangan stesen klasik di hentian Kuala Lumpur dan Ipoh.Lawa sungguh.

4 jam kemudian,Alhamdulillah sampai ke Butterworth.Kelajuan ETS mencecah 148km/j.Dan hanya berhenti dalam beberapa minit di stesen-stesen utama.Tepat masa bertolak dan tiba.Itu yang saya suka.

pemandangan dari dalam ETS
Pemandangan yang cantik dalam perjalanan

Sampai di Butterworth

ETS tiba tepat waktu.Sampai di stesen Butterworth,tiada kemudahan kantin atau restoren ya.Nak ke hentian feri agak jauh untuk berjalan dengan anak-anak.Saya tak pasti.Saya cuma nampak dekat dengan stesen bas.Tapi kurang jelas sebab kawasan tu masih under construction.Yang paling banyak adalah perkhidmatan teksi.

Kesimpulannya memang menarik naik ETS.Terutama bukan waktu kritikal.Kalau musim perayaan saya tak pasti.Jadual perjalan yang tepat dan tak letih.Yang saya paling suka,kami terus boleh naik LRT ke kawasan sendiri.Cubalah!

Keseronokkan kanak-kanak dalam ETS
Anak-anak seronok dapat pengalaman baru

 

(Visited 1,515 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge