Homeschooling · Interesting Places · Lifestyle

Perpustakaan Shah Alam [PPAS]

Aktiviti wajib kami anak beranak adalah pergi ke perpustakaan.Ini memang tradisi arwah ibu saya dah perturun kepada saya dari kecil.Saya perturun kepada anak saya pula.Walaupun kami waktu itu cukup makan sahaja,tak berharta,tinggal di kampung.Setiap rabu 2kali seminggu wajib saya kena intai dari rumah,samada ‘perpustakaan bergerak’ dah sampai ke belum depan sekolah.Wajib dan acara yang ditunggu-tunggu waktu tu.Bila ‘bas perpustakaan’ sampai depan sekolah saya pulangkan 10 buku [pinjaman untuk sekeluarga] dan pinjam lagi 10 buku.Itulah the power of habits yang arwah ibu saya tanamkan.Membuah sampai ke tua.

perpustakaan bergerak
Inilah basnya..kenangan 20 tahun dulu

Panorama PPAS

PPAS terletak di Seksyen 13 dalam kawasan kelab golf.Jadi suasananya redup.Pokok-pokok besar tumbuh rendang redu dan tak rakus ditebang.PPAS berlatarbelakagkan tasik.Ada pokok teratai terapung.Ada juga sekumpulan itik cantik di tasik tu…bayangkan!Damai sungguh.Saya memang akan ajar anak sambil-sambil saya bawa mereka.Tunjuk pokok,tasik,teratai dan…duck!Budak-budak selangor ni bukan senang nak jumpa itik hidup.Cepat-cepat kita kena beritahu mereka-itu itik =)

Tarikan dan kemudahan PPAS

Cerita mengenai anak-anak,jadi saya kupas dari segi pandangan seorang ibu.Kami hanya akan ke perpustakaan kanak-kanak yang terletak di tingkat bawah.Masuk sahaja the center of attraction,semestinya pokok yang nampak ‘real’ di tengah-tengah perpustakaan ini.Macam tiang seri.

Favourite spot.Tak boleh kata apa dah
Favourite spot.Tak boleh kata apa dah

Yang kecik tu suka berjalan,pusing,mendaki,memanjat dan meniti bukit tiruan sekelilig pokok.Sejak dari mula-mula saya bawa dia ke sini.Kakak pun sama.Disebabkan pergi weekdays pagi..memang library ni kami yang punya lah!

perpustakaan_shah_alam_2
Tengok gambar budak terbaring tu…fe-feeling hindustan

TV ber-skrin besar juga disediakan.Selalu macam-macam tayangan kartun juga.Meman seronok santai atas bean bag dia.Rasa nak beli 2 letak di rumah.

perpustakaan_shah_alam1
Buat macam rumah sendiri

Kemudahan lai di bahagian kanak-kanak adalah,ada pentas mini.Pentas ini hidup apabila hujung minggu.Ada aktiviti bercerita,kraf dan pernah kami sertai buat banner untuk mangsa MH370 juga.Kerusi dan ruang membaca memang selesa.Kemudahan internet juga disediakan di perpustakaan kanak-kanak ini.

My fav; the wii
My fav; the wii

Almaklumlah..kat rumah tak de.Bila sampai kat sini…memang main sungguh-sungguh.Malu mak dengan librarian wahai anak-anakku.Tapi merasa main weekdays je lah.Anak saya jadi tukang sorak.

Jakun sikit
Main sungguh-sungguh

Yang paling saya suka adalah bahagian buku agama untuk kanak-kanak yang berbahasa inggeris.Kalau nak beli terbakar poket.Jadi di sini memang sangat banyak.Selected and donated by Yayasan Al Bukhary [pahala mengalir buat mereka].Cerita sirah,story from the Quran,akhlaq,story of the prophet…you name it.Alhamdulillah.Sesuai dengan aktiviti homeschooling saya dan anak-anak.

Hasil tangkapan buku agama
Hasil tangkapan buku agama

Kemudahan yang diperlukan kanak-kanak

Kantin disediakan mengadap tasik.Kalau bawa anak boleh makan di sana.Tak perlu ke luar dah.Harganya murah.’Student price’ gamaknya.Bila sampai kita kasi perut anak-anak kita kenyang.Baru boleh beraktiviti di perpustkaan.Dalam kawasan kanak-kanak sendiri ada surau dan tandas.Semua hal-hal yang basic setel dalam kawasan itu juga.Alhamdulillah

Lagi aktiviti kami di PPAS tahun berikutnya.Baca di >> http://littlemunas.blogspot.com/2013/01/ppas-perbadanan-perpustakaan-awam.html

(Visited 622 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge