Kelas dan seminar · Kelas Parenting · Parenting

Perkongsian Pohon Solat di Shah Alam

Minggu yang produktif berlangsung lagi.Selasa lepas diberi peluang berbincang dengan pengasas Telekung Project kak Azila Aziz.Kak Zila nak buat perkongian percuma mengenai teknik menggalakkan anak solat dengan satu projek kraft menarik iaitu Pohon Solat.

kraft-pohon-solat-2
Ini kraft kak Zila bawa masa jumpa hari tu

Kak Zila sangat kreatif dan berfikir di luar kotak.Saya tak pernah terfikir idea mendidik anak solat seperti ini.Cantik dan menyeronokkan.Saya dan Nur dari About Umi&Baby bawa anak masing-masing.Sampai je di coffee shop Kak Zila ajar anak kami buat kraft ulat beluncas di pensel.Comel!Nanti saya kongsikan videonya ya.

Kak Zila brief kami mengenai isi kandungan sharing nanti.Ianya berkisar mengenai prinsip di belakang kraft ini.Nak bercerita kat sini susah…cuba anda baca di facebook Kak Zila ni >> Pohon Solat. About Umi&Baby menawarkan tempat secara percuma untuk sessi ni tau.Doakan kami diberi petunjuk di jalan yang lurus.

kraft-pohon-solat-3
Dari kiri : Nur,Kak Zila,saya dan anak-anak

Selesai perbincangan,kak Zila siapkan poster dan ‘blast’ di facebook beliau.Anda jangan ketinggalan tau untuk sertai program ni.Ia sangat bagus,percuma dan baby friendly.Ini posternya.Tatata..

kraft-pohon-solat-4

(Visited 238 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge