Lifestyle

1 jam bersama Occupational Therapist,Puan Mahfuzah Zainol

Ya.Sabtu lepas saya ke Konvensyen New Gen macam yang saya ceritakan dalam entry sebelum ni.Saya susun semuanya mengikut slot dan speaker ye.Slot pertama kami belajar mengenai Mendorong Anak Berkelakuan Positif Dengan Teknik Nabi.Kedua slot oleh Puan Suhaili Ikhsan mengenai Unschooling.Slot ketiga bersama Puan Nur Ilyani Munsarikh mengenai Homeschooling.Itu baru sessi pagi.Inputnya hebat.Semua tajuk yang saya suka dan tercari-cari ilmunya.

Kredit gambar; FB Puan Mahfuzah Zainol
Kredit gambar; FB Puan Mahfuzah Zainol

Slot petang kami bersama Occupational Therapist dari KKM merangkap penulis buku Puan Mahfuzah Zainol.Saya kongsikan slot Puan Mahfuzah dulu sebab saya memang suka aktiviti dengan anak-anak yang dapat meningkatkan dan perkembangan motor mereka.Samada motor halus atau motor kasar

Ini nota yang saya suka.Ada 3 jenis permainan yang berlaku dalam stage perkembangan kanak-kanak.Saya ceritakan secara ringkas ye.Menggunakan bahasa saya sendiri dan mungkin tidak begitu tepat dengan bahasa buku.

#1 FUNCTIONAL PLAY

Functional play bermaksud,aktiviti bermain di mana anak anda mula mengenal fungsi sesuatu benda.Contoh dia main drum kecik dan tepuk-tepuk banyak kali.Dia suka.Dia faham kalau drum tu diketuk akan keluarkan bunyi.Contoh lagi,Mainan kereta,kalau ditolak akan berjalan.

Main  kereta,tahu fungsi kereta itu.Picture credit to http://therapyworkstulsa.blogspot.com/

#CONSTRUCTIVE PLAY

Definisi contructive play “Constructive play is an organized form of play that is, in many ways, goal oriented and thoughtful. Children who are engaged in constructive play use materials to create something, and this increases in complexity as they get older”. Sumber http://cmascanada.ca/ .Contohnya permainan yang mula menggunakan minda mereka seperti LEGO,susun block dan lacing.Lacing bermaksud anak-anak menyusun manik besar menggunakan tali.Permainan ini sangat meningkatkan dan merangsang perkembangan motor halus mereka.Kerana mereka perlu fokus memasukkan benang ke dalam lubang.Pada waktu yang sama memegang 2 bentuk objek yang berlainan pada arah yang sama.

Aktiviti lacing
Aktiviti lacing huruf dan nombor

#3 PRETEND PLAY

Bila anak-anak perempuan dah start ambil baby doll,susukan,tidokan…ini lah yang dipanggil pretend play.Main jual-jual.Main masak-masak.Yang paling cute bila main cakap di telefon.Sewaktu mereka mula berkomunikasi secara lisan,inilah antara permainannya.

Selain itu saya juga baru tahu,

KENAPA KANAK-KANAK SUKA SANGAT CONTENG DINDING?

Menurut penjelasan puan Mahfuzah,untuk seseorang kanak-kanak,menunduk dan menulis membuatkan belakang tengkuk mereka lenguh atau sakit.Disebabkan kejadian tulang yang masih belum matang.Jadi kanak-kanak memilih jalan singkat menconteng dinding kerana sama paras dengan mata mereka.’Eye level’.Hehhe!Jadi jangan risau-risau ibu bapa.Belikan kertas mahjong ke,manila kad ke ,whiteboard ke dan tampal di dinding sesuai dengan eye level anak masing-masing.

AKTIVITI DI RUMAH

Jadi balik je saya di rumah saya buatlah aktiviti-aktiviti yang saya belajar semasa slot Puan Mahfuzah.Jom tengok aktiviti kami pulak.I learned and apply.

Constructive play.Susun block plastik
Constructive play.Susun block plastik
Hasil sel-sel otak berhubung
Hasil sel-sel otak berhubung
Rajin buat aktiviti lacing,lepas tu dia buat rantai
Rajin buat aktiviti lacing,lepas tu dia buat rantai

Bab conteng dinding tu..akhirnya saya rasa macam…wah terbongkar jua rahsia KENAPA ANAK SUKA CONTENG DINDING  ye..Saya belikan 1 removeable chalkboard sticker dan lekat di ruang makan.Sticker ni panjang.Saya bahagi dua.Satu saya lekat pada eye level kakak,satu lagi pada eye level adik.Nah!Harapnya dinding-dinding rumahku tak menjadi lebih parah dengan chalkboard ni ye.

Tuuudia!

Ish...kalau dapat menconteng tu...
Ish…kalau dapat menconteng tu…

Ok,saya akan berkongsi lagi insyaallah.Ini baru sebhagian nota saya di konvenyen hari tu.Selamat mencuba ye.

Constructive play toys boleh didapati DI SINI

Removeable chalkboard sticker boleh beli DI SINI

(Visited 702 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge