Homeschooling · Lifestyle · Outdoor HS

Perkembangan kelas berkuda

Terima kasih kerana terus membaca blog saya.Especially rakan-rakan yang bagi feedback yang saya tak pernah sangka.Mungkin perkongsian mengenai kelas kuda secara santai susah nak dapat di google kot?Kebanyakannya pasal info dari website sahaja,kurang yang berkongsi pengalaman.

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-10

Sikit-sikit kami upgrade gear anak saya ni.Dulunya tak pakai sarung tangan kami berikan winter glove.Nasib baik tak bagi glove yang construction worker pakai tu kan..Sabarlah anak.Mak bajet-bajet ye.Alhamdulillah dah beli proper glove untuk anak saya.Dia pun pandai pi pilih yang bergaya.Bapaknya layankan pulak.Suka hati ye.Harga saya pernah dengar waktu sale boleh sampai 50% diskaun.Harga biasa RM90-RM150.

Bab boot dan helmet kami masih belum ada kesempatan kewangan nak upgrade.Macam yang saya ceritakan dulu,anak saya cuma pakai kasut sukan sekolah saja.Lepas ni mak kena belikan protector untuk bahagian kaki.Sebab bila kaki bergesel dengan tempat letak kaki pada saddle tu,pernah anak saya sampai melecet..kesian.

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-12

Topi atau helmet memang agak pricey…almost RM200.Kami pakai ja mana yang ada di sana.Tapi baru-baru ni anak saya kena jangkitan kutu da…saya suspek helmet tu.Hehehe!Nampaknya kena menabunglah nak beli.Semua jenuh mak berkira-kirakan.Dah hampir 4bulan belajar,kami masih dalam proses nak adakan aksesori wajib.

Tapi semuanya amat berbaloi..setelah 4 bulan ikuti kelas,saya hari tu terkagum dengan kanak-kanak.Mereka cepat belajar.Akhirnya saya nampak anak saya dah mampu trot dengan betul dan tak macam naik unta dah.Moment ni lah..saya mula rasa konfiden dengan homeschooling.Hasil akan nampak sedikit-demi sedikit.Insyaallah.Mungkin dia makin-makin minat.Dia minta nak kelas 2 minggu sekali lagi…erk!Kaching2!!

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-13

Ini hasil dia bawak balik ke rumah.Rasa nak gelak sangat.Dia pulak jadi instructor dekat adik dia si Fateh.Siap cakap pun nak kena sama dengan slang cikgu Nepal dia.Ha..Fateh pulak ikuuuuut je kata kakak.Baguih2 =)

kelas-berkuda-kanak-kanak-denai-alam-11

(Visited 316 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge