Produk

Perihal Baby Food Feeder

baby-food-feeder-3
Kredit gambar : www.mamaot.com

“Saya cari baby food feeder sis”.
“Oh ada 2 jenis di sini Puan”

Pelanggan berfikir sejenak.

“Anak puan dah mula makan ye?.Saya cadangkan food feeder yang berbentuk macam net ni.Ianya lembut.Jadi baby senang hisap.

“Bentuk net ni juga mudah baby hisap sesuai dengan bentuk mulut dia.Puan masukkan buah.Jenama fis*** pri* ni.Harganya sama dengan jenis food feeder jenis puting tu jugak.”

“Ok,saya ambil yang bentuk net tu”.
Dan jual beli berlaku.Harga RM29.90

baby-food-feeder-2
Food feeder jenis net

PENGALAMAN SENDIRI

Pernah guna food feeder yang jenis puting berlubang-lubang tu.Bentuknya pelik,tak selembut yang jenis net.Sekali letak buah dan beri pada Fateh,dia rasa pelik nak masukkan bentuk tu dalam mulut.Terus dia reject.Terbang duit mak,beli barang,tapi tak terguna.

baby-food-feeder-1
Jenis puting ada lubang-lubang

Jadi saya cadangkan siapa yang nak cari food feeder,boleh guna yang net.Masukkan buah strawberry,pisang,oren,epal.Kalau ada masalah baby tak makan sayur dan anda nak ganti dengan buah pun boleh.Biar dia hisap jus sampai habis.Nyot..nyot

 

Butik About Umi&Baby,hari ini Ahad beroperasi seperti biasa;

whatsap 017 223 5362

(Visited 215 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge