Kelas dan seminar · Kelas Parenting · Parenting

Pengisian Bengkel Teknik Nabi minggu lepas

Sebelum saya terlupa atau saya tidak istiqamah mengamalkan teknik nabi (s.a.w),baik saya tulis dalam artikel ni dan saya kongsi dengan puan-puan.

bengkel-teknik-nabi-shah-alam-6

Kedatangan pada hari tu dalam 17 orang,mengikut nama yang mendaftar di dalam senarai kehadiran hari tu.Yang kami rasa bangga sebab sambutan dari kalangan guru.Kalau tak silap saya lebih kurang 8 orang guru dari pelbagai latar belakang.Ada dari sekolah swasta,ada yang guru tadika dihantar oleh pengetua dan guru berpengalaman atas inisiatif sendiri.Golongan ayah-ayah ada 3 orang.Salute!

bengkel-teknik-nabi-shah-alam-1

Puan Wan Rohani,trainer teknik nabi.Sebut mengenai teknik nabi,apa yang kami bincangkan hari tu?bengkel-teknik-nabi-shah-alam-3

Mendorong tingkah laku positif kanak-kanak.Anda mesti datang dan kita akan belajar bagaimana teknik ini diambil dari hadis sahih.Apabila menyebut mengenai -teknik.Ianya lebih kepada hadis dan struktur ayat Nabi Muhammad s.a.w.Bagaimana baginda mendorong sahabat-sahabat dan semua di sekeliling beliau amat-amat terdorong.

Ini nota saya pada hari itu

1- Nabi Muhammad s.a.w bercakap dengan menggunakan ayat yang memandang ke masa hadapan.Struktur ayat tidak mengungkit.Contoh :

Jika anak membuat kesalahan menjatuhkan air ke lantai sebab berlari masa bawa air :

Kebiasaan kita

“Kakak kan dah tumpah air tu,mak dah kata,jangan lari-lari masa bawa air”

“Ha..kan dah tumpah..itulah,lari lagi!Habis tumpah kan…dah berapa kali dah jadi macam ni (mengungkit perbuatan salah sebelum ini)”

Aplikasi teknik Nabi

1- Jangan marah.Jika marah,jangan bercakap.Hanya diam

“Kakak bila bawa air jalan perlahan-lahan,supaya tidak tumpah”

2- Rasulullah tidak merendah-rendahkan  seseorang apabila menegur.Ini amat berbeza dengan situasi yang berakar dalam budaya kita.Saya selalu sangat lihat orang tua-tua mengejek kanak-kanak kerana sesuatu perkara.Tak perlu ejek untuk anak itu menukar habit yang tidak elok.Doronglah dengan ayat-ayat yang elok.

Ini cerita saya dan kisah ini bernar;

Semalam anak jiran saya (Lisa -bukan nama sebenar)  yang sudah bersekolah main basikal didepan rumah.Basikalnya masih beroda tiga seperti kanak-kanak yang baru belajar berbasikal.Kebetulan lalu seorang pakcik pencen.Pakcik itu terus berkata “Eeii tak malu…pakai lagi roda 3,buanglah roda tu”.

Muka Lisa berubah.Dimalukan.Dia tarik basikal dan main di bawah garaj.Seperti malu dilihat orang lain.Tidak kah pakcik pencen tadi mencalarkan rasa percaya diri pada Lisa.Dan semestinya Lisa akan lari dari dilihat pakcik pencen pada petang-petang akan datang.

Aplikasi teknik Nabi

Bagus,sudah pandai berbasikal.Buanglah roda 3 dibelakang,Insyaallah,supaya makin cekap dan laju Lisa boleh menunggang.

======================================================================

Berapa ramai makcik-makcik yang suka juga mengejek perlakuan kanak-kanak.Contoh

“Eiiii dah 5 tahun masih isap botol”

“Eiishhh…buasanya dia ni.Tak malu ke?Duduklah diam2..”

Paling sedih,ibubapa mengiyakan ejekan itu.Untuk menjaga ego mereka.

Ubah kebiasaan anda kepada ayat masa hadapan.Gunakan perkataan agar dan supaya.Contoh aplikasi;

> “Adik minumlah susu dalam botol,supaya adik mama nampak macam adik ni macam orang dewasa.Adik kan dah besar”

> “Duduk di atas sofa dan lihat apa yang kakak tengah buat tu,supaya lepas ni..kita pulak boleh buat macam      kakak buat”

 

Doronglah kanak-kanak untuk membuat sesuatu kebaikan.Bukan terus calarkan rasa percaya diri mereka dengan ejekan dan ungkitan.Masa untuk berubah wahai ibubapa dan guru.

 

Nanti saya sambung nota saya lagi ye.Insyaallah

(Visited 842 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Pengisian Bengkel Teknik Nabi minggu lepas

  1. Terima kasih atas sedikit perkongsian yg bermanfaat ini. Sememang nya kita sebagai ibu bapa gemar menggunakan ayat2 seperti di atas. Mungkin kerana dari kecil kita juga sudah biasa mendengar ayat2 begitu. Jadi bila ada anak sendiri, kita juga merasakan itu adalah yg betul utk mengajar anak2 kita. Alhamdulillah, masa sekarang ramai ibu bapa yg makin celik pemikiran dan rajin utk menimba ilmu dlm mendidik anak2 dgn cara yg lebih baik. Sama2 lah belajar utk menjadi ibu bapa yg lebih cemerlang bagi melahirkan anak2 yg hebat bukan saja di dunia malahan di akhirat juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge