Lifestyle

Pengalaman sewa nebulizer dan rawat sendiri anak di rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memang Puan Ros lama dah nak berkongsi topik ini. Hari ni berpeluang Puan Ros kongsikan. April lepas Si Adik demam. Si Adik ni kalau demam biasanya sebab batuk dan terus melarat sampai ke paru-paru. Puan Ros pun baru tahu Si Adik yang berusia 3tahun lebih ni, sensitif orangnya. Cepat berjangkit batuk dan melarat.

Apa itu mesin nebulizer?

Dia demam akibat jangkitan. Kalau dia bernafas kita dapat dengan dekat paru-paru dia tu ‘whizzing sound’. 2 hari ke klinik dan kami kena ambil dos nebulizer selang 6 jam. Kemudian doktor nasihatkan kami ke hospital sebab perlu ambil lebih kerap lagi dos nebulizer. Waktu anak sakit ke klinik ulang alik ni, suami saya bertugas di Jeddah, Arab Saudi. Ko bayang kan Pah…buat semua sorang-sorang. Puan Ros heret pi tempat kerja anakku ini.

A nebulizer is a breathing machine used to treat lung conditions such as asthma, cystic fibrosis, and other respiratory illnesses. They administer medication in the form of a mist that’s inhaled into the lungs and are often used in situations in which using an inhaler is difficult or ineffective.

-justnebulizers.com/general-nebulizer-information/

Dapat rawatan dari Paedtrician

Kami ke DEMC dan Fateh perlu dapat dos nebulizer 4 jam sekali. Sepatutnya dimasukkan ke wad, tapi bilik penuh. Puan Ros dibantu juga oleh ejen takaful Puan Ros untuk dapat masuk wad di hospital-hospital lain berdekatan rumah. Semua penuh. Bye!

pengalaman-sewa-nebulizer-dan-rawatan-di-rumah

Jadi kami perlu menyewa nebulizer dan buat rawatan di rumah. Home care. Ini kali pertama Puan Ros kena sewa nebulizer. Harga sewa nebulizer RM40/hari. Agak ok, yang mahal tu kos ubat-ubatan. Lepas 2 hari kami buat rawatan sendiri di rumah. Kami kena ‘follow up’ semula dengan dokor.

Buat rawatan sendiri di rumah

Mungkin ramai ibu-ibu juga nak sewa kan nebulizer. Daripada kena ulang alik ke klinik 6 jam sekali memang kita rela sewa dan buat rawatan di rumah. Si Adik pun dah besar. Senang saja dia pakai dan buat rawatan di rumah ni.

pengalaman-sewa-nebulizer-dan-rawatan-di-rumah2
Skema bila buat rawatan dengan mak

Prosedur buat rawatan di rumah akan diterangkan siap-siap oleh jururawat. Prosedur senang sahaja. Yang mencabar adalah nak minta kerjasama anak. Tapi bapanya ada cara lain yang lebih menghiburkan. Anak Puan Ros macam tak sakit langsung. Seronok lagi ada.

Ha..nampak tak? Dia rasa dia jadi power rangers bila pakai mask tu. Terhibur Puan Ros. Si Kakak memang lebih sudu dari kuah. Jangan terbelit pulak mask Fateh oooi.

Sekian. Puan Ros doakan bermanafaat. Kalau ada yang nak tahu kadar sewa mesin nebulizer, RM40/sehari di DEMC. Kalau di klinik atau hospital lain mungkin berbeza. Bayaran tambahan adalah kos ubat. Terima kasih.

(Visited 17 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge