Lifestyle

Pengalaman Pembedahan fibroid

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya komputer riba saya sampai. Syukur Alhamdulillah. Setelah beberapa lama saya pendam dan sabar dek kerana komputer rosak. Hari ni senyum lebar sebab dah ada komputer baru. Lega dapat bekerja dengan lancar semula tau. Macam boleh bernafas dalam bekerja dah.

pembedahan-buang-fibroid

Dan kita sambung cerita pengalaman menghidapi fibroid dulu. Pembedahan fibroid luar rahim saya dikenali sebagai pembedahan myomectomy. Esoknya saya dijadualkan admit ke wad. Petang tu mulalah pelbagai prosedur nak melakukan pembedahan. Masih saya tak rasa apa-apa lagi. Relaks dan santai. Malam tu kena puasa dan minum sodium untuk cuci perut untuk dibedah esok. Nak muntah kena makan air garam tu. Rasanya macam air 100 plus. Trauma saya, sampai sekarang saya tak minum 100 plus dah sebab dok teringat rasa air garam malam tu.

Myomectomy is the surgical removal of fibroids from the uterus. It allows the uterus to be left in place and, for some women, makes pregnancy more likely than before. Myomectomy is the preferred fibroid treatment for women who want to become pregnant.-www.webmd.com/women/uterine-fibroids/myomectomy-17717

Adik saya Fauziah (didoakan seluruh kebaikan buat beliau) dah mula temankan saya malam tu. Kemudian perut memulas dek kerana air ala 100plus tadi dan habis membuang semua dalam perut. Ulang alik masuk tandas. Bermulalah episod mencabar dalam bab pembedahan.

Hari pembedahan

Esok pagi, bermula lagi prosedur persediaan pembedahan. Datang jururawat untuk memasukkan tiub kencing dan beberapa prosedur pembedahan lain. Boleh bayangkan tak, saya rasa terkejut amat. Maklumlah, dulu tiada kemudahan google ni semua. Saya amat terkejut sebab tak pernah tahu adanya prosedur-prosedur begini. Terkejut minum sodium semalam belum habis weh.

Yang menemani saya hari tu abah saya. Ibu memang tak dapat datang sebab masih lemah akibat rawatan kimoterapi. Saya dimasukkan pagi itu ke dalam operation room. Myomectomy ada beberapa jenis bukaan atau cara pembedahan. Saya dibedah dengan bukaan menegak dari bawah pusat hingan ke bawah.

cara-pembedahan-fibroid
kredit gambar : https://www.apollohealthcity.com/robotic-myomectomy/

Sedar dari pembedahan waktu malam

Selesai pembedahan, memang macam drama TV. Telinga menangkap bunyi mesin sokongan hayat. Tit..tit..tit.. Tak tumpah macam drama. Saya berpeluh-peluh. Waktu ini saya ingat saya akan mati. Saya mengucap berkali-kali. Takut dan rasa ajal makin dekat. Saya terjaga, mata buka perlahan-lahan. Saya dalam ICU rasanya. Mesin pesakit lain juga berbunyi. Abah ada ditepi saya bila saya buka mata. Saya tanya “Ina kat mana ni abah? Ina kat mana? “. Macam sebijik dalam drama. Tapi saya memang tak tahu di mana dan blur amat kata orang.

Ayah saya cakap apa pun saya lupa. Tapi dia terpaksa balik sebab dah malam. Yela,ibu saya pun tak sihat di rumah. Saya masih bingung. Kemudian jururawat datang, berikan milo. Waktu tu sudah malam. Atau saya yang rasa dah malam. Dia berikan sikit. Saya lapar amat. Saya minum banyak air milo dan muntah teruk. Rupanya masih alahan ubat bius.

pengalaman-pembedahan-fibroid-1

Adik mula datang teman di hospital

Mak saya langsung tak boleh datang. Waktu tu baru kimoterapi. Dia perlukan masa sebab lemah dan muntah. Abah dan adik saya datang. Fauziah adik saya mula jaga saya. Sepanjang hari saya muntah dan muntah. Sampai keluar warna hijau. Asid perut. Patutlah orang selalu sebut muntah hijau. Dan sepanjang hari pertama selepas pembedahan, saya muntah hijau. Hari ketiga dan keempat makin pulih.

Ubat tahan sakit diberi melalui drip selepas berapa lama saya dah lupa. Tapi selepas itu saya diberi ubat tahan sakit melalui punggung. What an experience!

Pembedahan saya berjaya dilakukan. Fibroid berjaya dikeluarkan. Cuma menurut mak saya, pembedahan saya bermula pagi dalam pukul 9 dan selesai pukul 2 petang. Sewaktu dibedah, abah di luar bilik. Doktor ada berjumpa dengan abah saya dan beritahu, kalau pendarahan teruk dia terpaksa buang rahim saya. Abah telefon mak, dan adik saya kata, mak saya menangis dah di rumah.

Keputusan pembedahan

Akhirnya, rahim saya berjaya diselamatkan. Syukur Alhamdulillah. Tak terhingga sehingga kini. Tak dapat bayangkan jika nikmat itu ditarik. Kot mana pun semua, ya semua yang ada pada kita dan sekeliling kita hanya pinjaman. Dan bila perlu dikembalikan harus berdamai dengan takdir dan jalaninya. Jika masih diberikan masa lagi, hargainya.

Seringkali dalam hidup kita mempunyai pelbagai persepsi dengan penyakit.Kita mesti ambil keputusan yang penyakit ini membawa sesuatu yang baik untuk diri kita. Ibu saya selalu suruh saya positif. Dia bercerita jangan kita bersangka-sangka yang buruk, kononnya tak akan dapat anak lah, tak suburlah. Ceritanya lagi, dia kenal seorang lelaki yang tidak jadi berkahwin kerana si perempuan menghidapi penyakit-penyakit berkaitan peranakan ini.

Jelas sekali lelaki itu bersangka-sangka sahaja. Sampai ke sudah dia belum berkahwin dan perempuan yang disangkakan buruk olenya itu, hidup aman beranak pinak. Rugikan bersangka-sangka pada manusia lain, bahkan pada Allah. Saya berdamai dengan takdir. Jalani hidup seperti biasa, cuma saya dah berhenti mendaki gunung. Gunung oh gunung.

Bersambung.

 

(Visited 1,582 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge