Lifestyle

Pengalaman menghidapi fibroid

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selesai cuti panjang bagi yang bersekolah. Happy Dewali. Kami bermusafir ke kampung seperti biasa. Kali ini saya bercerita kenang-kenangan saya 8 tahun yang lalu. Masa berumur 24 tahun. Sewaktu saya diuji dengan fibroid di luar rahim.

Pada waktu yang sama. Arwah ibu saya juga sedang dalam rawatan kemoterapi kerana menghidapi kanser ovari. Sekilas pandang, nampaklah kami berdua ni bagai jatuh ditimpa tangga. Tapi saya tak pernah rasa macam jatuh pun. Apatah lagi ditimpa tangga. Saya rasa macam ujian berganda, selepas satu ujian, ada lagi ujian. Jalani sahaja. Tidakkah kita rasa bersyukur melepasi satu-demi satu ujian? The feeling is great.

Mulanya hanya perasan saya perut buncit

Badan saya kurus dan kecil orangnya. Setiap kali selepas makan, perut saya akan rasa buncit sampai saya tak butangkan jeans yang saya pakai. Bila saya pakai baju, kelihatan ketara perut saya yang buncit. Memang sangat ketara, saya rasa ok saja bila kawan-kawan perasan. Lepas tu selalu pulak perut saya yang buncit ni jadi bahan gurau rakan serumah. Mana taknya, memang kelakar bila badan kurus dan perut terbuncit.

Satu hari saya baring dan befikir-fikir kempiskan perut. Saya cuba nak cubit tengok lemak banyak mana. Biasanya kalau perut buncit kita boleh tarik lemak yang menggeleber tu. Saya baring dan saya rasa keras. Saya fikir-fikir, rakan lain kalau perut buncit biasanya lembik. Perut saya keras macam ada baby di dalam. Tengok ke cermin macam baru mengandung.

Saya baru berumur 24 tahun waktu itu. Dalam perancangan bertunang. Perut macam mengandung memang pelik. Saya minta rakan serumah rasa perut saya. Ya nampak ‘terik’ . Saya beritahu mak saya. Mungkin mak pun tengah berlawan dengan kansernya. Saya uruskan sendiri di sini, minta tolong Nazim saya (suami sekarang) teman berjumpa dengan doktor.

pengalaman-menghidap-fibroid
Saya menghidap fibroid luar rahim.

Hasil pemeriksaan amat mengejutkan

Siang saya ke MAS MEDICAL CENTER. Sebab waktu itu saya seorang perantis jurutera di sana. Doktor buat ultrasound dan beritahu ada ketumbuhan. Saya dimint ke PPUM untuk rawatan lanjut. Malam itu kami ke Pusrawi Kota Damansara untuk pandangan kedua. Jumpa Pakar Perbidanan. Dia terkejut, ada ketumbuhan seperti fibroid. Perlu dibedah.

Bila perkataan bedah keluar, saya fikirkan ia serius. Memanglah serius kan. Umur 24, berapa ramai yang anda jumpa mereka ada ketumbuhan fibroid. Dan saya pun belum berkahwin. Kita selalu terfikir ini penyakit orang-orang tua.

Waktu itu bukan zaman internet yang sangat mudah seperti sekarang. Akses internet masih di cyber cafe. Waktu itu juga belum ramai yang menggunakan internet untuk carian. Sesungguhnya tak terlintas pada saya nak cari di internet. Saya buat keputusan pulang ke kampung dan jika perlu dibedah, bedah di kampung.

Balik ke Penang untuk pembedahan

Sesampainya di Penang, ibu saya sedang menjalani ‘cycle’ kemoterapi beliau. Kami pergi bersama di Hospita Pantai di Penang. Jumpa pakar sakit puan Doktor Teh Mii Lii. Dia pun terangkan sedikit sebanyak. Fibroid saya jenis di luar rahim.

Saya punya period memang rak pernah terganggu dan tiada rasa sakit teruk. Sakit biasa-biasa adalah. Patutlah saya tak rasa kelainan pada aktiviti rahim, kecuali ada ketumbuhan buncit tu. Kata beliau lagi, saiz fibroid saya seperti orang yang mengandung 4 bulan. Dan mungkin dah ada sejak 2 tahun yang lalu.

Tak takut dan sedia dibedah

Pembedahan dijadualkan lusa. Cepat kan? Keesokkan harinya saya dimasukkan ke hospital. Saya rasa macam sekelip mata je kena bedah. Adik saya akan jaga saya lepas bedah. Adik nombor 2, Fauziah. Waktu itu saya tak boleh fikir dah. Otak saya rasa semua terlalu cepat. Demi nak sihat saya setuju dan jalani saja apa yang terjadi. Saya tak rasa takut langsung waktu itu.

Berat fibroid 500gram

Cerita pembedahan tak kurang mendebarkan juga. Saya akan sambung pada entry akan datang ya. Insyaallah

(Visited 260 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Pengalaman menghidapi fibroid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge