Lifestyle

Pengalaman menggunakan implanon 2 tahun pertama

Assalamualaikum. Hari ini Puan Ros (PR) nak buat BB. Apa itu BB ? Bicara Bonda. Tak lah, saja berkongsi mengenai isu ibu-ibu. Artikel sebelum ni Puan Ros (PR) ada cerita mengenai pengalaman Puan Ros buat ujian pap smear, kali ini pengalaman buang implan di lengan. 3 tahun Puan Ros guna.

Lepas melahirkan anak ke-2 Puan Ros (PR) ada menggunakan implanol. Jadi Januari lepas habis tempoh 3 tahun Puan Ros (PR) menggukan implanol. Serik dah. Kali ini Puan Ros (PR) nak stabilkan hormon semula. Puan Ros PR) dah membuat pembacaan mengenai kebaikan hormon dan apa akan terjadi bila hormon berkurang. Jadi sesuai sangat Puan Ros (PR) buang implan tahun ini.

Pengalaman saya memasang implanon

pengalaman-memasang-implanon-1
Kredit gambar : http://techforyour.com

Ok, banyak permintaan dari kawan-kawan nak tahu pengalaman ni. Puan Ros (PR) simpan pelan-pelan buat satu entry dalam blog ni. PR mengambil keputusan memasang implanon ni selepas melahirkan anak kedua. Memang nak jarakkan kelahiran sebab PR pernah buat pembedahan membuang fibroid ketika berumur 24tahun.Jadinya walaupun dah ada 2 anak, tapi rahim PR pernah dibedah 3kali. Lihat entry saya sebelum ini >> Pengalaman menjalani pembedahan fibroid.

Sewaktu berpantang, PR buat temujanji di Hospital Sungai Buloh, Klinik Perancang Keluarga. Ini untuk prosedur memasang implan. Jangan tiru PR ye, jenis redah orangnya. Anda selalu-selalu buat research dulu. Harga yang PR bayar waktu itu adalah RM300. Itu pada tahun 2013. Saya risik-risik, sekarang dah RM800. Melompat Puan Ros (PR) dengar.

Petang Khamis, memang khas untuk Klinik Perancang Keluarga. Insyaallah tak sibuk. Implanon dipasang dengan menggunakan aplicator-nya. Sekelip mata. Mula-mula presedur biasa adalah bius. Kemudian, applicator nya akan diletakkan di bahagian kulit yang ingin diletakkan implan. Pap! implan masuk. Doktor sapu-sapu sikit bahagian tu dan siap.

Sekejap saja. Darah tak keluar macam cabut gigi. Tak sakit. Maksud PR sakitnya kita boleh terima. Tempat implanon tu akan lebam sikit sahaja. Doktor yang pasang pada PR lembut perwatakannya. Kerja pun berhalus. Jaga hati kita. Puan-puan jangan lupa zikir dan sentiasa bersangka yang prosedur itu Insyaalllah akan berjalan dengan lancar atas kehendak Allah.

Doktor baik

Doktor yang PR suka adalah Dr Hilya Munira. Doktor Hilya memang baik. Lembut. Beliau raikan PR. Tanya khabar dan buat PR rasa selesa nak jalani prosedur. Alhamdulillah. Didoakan kebaikan dan rezeki buat doktor ya. Tersentuh hati PR.

pengalaman-memasang-implanon-3

Kesan pada Puan Ros dalam masa 2 tahun

Ramai amat yang tanya PR mengenai pengalaman dan kesan memakai implan ini. Kesannya berbeza ya untuk setiap individu. Ini adalah kesan yang PR alami. Dua tahun pertama PR masih menyusu sepenuhnya anak. Tiada apa-apa kesan ketara. PR masih menyusu dan PR tidak datang bulan selama 2 tahun. Mungkin ini kesan menyusu badan.

Berat badan tak naik. Kurus 2 tahun pertama PR menggunakan implan. Disebabkan PR tidak datang bulan. Saya merasai yang emosi PR tidak ada perubahan ketara. PR tak ada mood swing setiap bulan. PR cuma fikir kerha-kerja online, rumah dan urusan-urusan lain. PR jadi fokus. Macam kaum adam pulak rasanya. PR tak moody. Dan PR tak mengandung.

Ok, panjang dah ni. Kesan bila masuk tahun ketiga lain macam sikit. Insyaallah saya akan berkongsi dalam artikel akan datang. Tunggu tau. Ceritanya lain macam.

Pautan yang dapat membantu anda:

  1. http://drzubaidi.com/blog/implanon-hukum-dan-kesan-sampingan/
(Visited 422 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge