Lifestyle · Parenting

Pengalaman mengguna dan membuang implanon

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perasan tak? Bulan Mac ni antara bulan yang kering kontang dengan artikel dari Puan Ros. Puan Ros dah mula bekerja secara sepenuh masa. Puan Ros(PR) baru nak sesuaikan diri. Nak cari masa. Dan kalau nak dipaksa-paksa menulis memang jadi ha-ha-hambar. Bila di tempat baru, nak ke tengah, ke tepi…masih kekok. Maklumlah, dah 3 tahun Puan Ros(PR) bekerja sepenuh masa dari rumah.

Kesan implanon selepas 2 tahun kepada saya

Kali ini memang kena sambung mengenai kesan implanon yang Puan Ros (PR) tulis dalam artikel lepas. Selepas 2 tahun lebih memakai implanon, anak PR  mula berhenti menyusu. Bila berhenti menyusu, maka datanglah haid PR. Tapi kali ini, haid PR lain. Bayangkan, darahnya sikit-sikit tapi berpanjangan.

Sikit-sikit tu bagaimana ya? Tahap pakai panty liner sahaja setiap hari. Tapi berlanjutan sehingga 15-20 hari. Sangat tak selesa. Hidup macam teka teki. Sebab antara haid tu, boleh pulak ada ‘gap’. Boleh solat ke, tak boleh solat ke, menunggu ke, macam-macam persoalan bermain.

PR jumpa doktor dan doktor terangkan mengenai darah istihadah. PR youtube pengajian Ustazah Isfadiah mengenai hukum fikah dalam situasi PR ni. Jadi PR rasa ada hikmah juga melalui pengalaman yang begini. Merasa PR menjalani aplikasi situasi darah istihadhah. Inilah kuliah yang PR belajar tu.

Mengalami jangkitan kulat

Bila dah haid panjang. Situasi darah istidhah PR alami, PR mesti bersolat. Setiap kali bersolat perlu pastikan benar-benar bersih dan guna panty liner baru. Basuh-tukar, basuh-tukar punya pasal. PR alami jangkitan. Lebih dari 2 kali. Dan kali ketiganya PR perlu melakukan ujian pap smear. Boleh baca artikel pengalaman PR di sini >>Pengalaman menjalani ujian pap smear

Badan naik mendadak

Lepas sahaja berhenti menyusu, badan PR naik sehingga 8kg dalam masa kurang setahun. Terus PR berubah jadi orang yang lain. Ramai juga yang menegur. Alasan PR adalah, pakai implanon. Jadi PR memang agak serik terus. Hahahha! Akhirnya, cukup 3 tahun implanon PR tamat tempoh dan PR mengambil keputusan untuk tidak menggunakan apa-apa alat perancang keluarga buat masa ini. Serik aih!

Bagaimana saya buang implanon

pengalaman-memasang-implanon-5
Kredit foto : https://www.glowm.com/resources/glowm

Prosedur buang implanon sama ringkas dengar cara memakainya. PR cuma call hospital Sungai Buloh dan maklumkan hari yang kita akan datang. Bayaran membuang implanon RM100. PR rasa sedikit gementar kali ini, bahana memikir yang bukan-bukan. PR fikir benda tu melekat pada daging. Memang taklah! Cuma bawah kulit sahaja.

Sampai di klinik, doktor yang sama juga yang PR jumpa iaitu Dr Hilya. Buka implanon sekejap saja dan tak sakit. Alhamdulillah. Positif, bersangka baik dan zikir. Insyaallah. Bila doktor keluarkan implanon tu, memang elok je. Tak de nye sampai melekat-melekat pada daging macam saya sangkakan.

Sekian, kisah pegalaman saya menggunakan implanon. Saya doakan bermanafaat untuk anda.

 

(Visited 162 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge