Parenting

#Throwback.Pengalaman Mengendalikan Playgroup

Tadi pagi saya selak-selak muka buku dan jumpa playgroup yang kami kendalikan di Butik About Umi&Baby,Shah Alam. Kelakar pula tengok-tengok event yang pernah kami anjurkan di sini.Antara yang mendapat permintaan adalah Playgroup Chef Cilik.

Ini pula antara playgroup pertama kami iaitu Egg Craft Activity.Kami jalankan pada Disember 2014.Merupakan playgroup berbayar pertama saya jalankan.Harga promosi kami tawarkan pada hari itu supaya kami dapat belajar dan menambahbaik program playgroup di tempat kami.

palygroup-aub-december-2014-1

Saya mulakan playgroup petang itu dengan bercerita.Kami menggunakan buku cerita yang besar terbitan PTS.Tajuknya Di Mana Ibu saya.Nampak macam mudah nak mengendalikan kanak-kanak.Alahai..letih sungguh.Gugup saya mula-mula..nak bercerita kat kanak-kanak pun nervous tau.

playgroup-aub-december-2014-4

Kemudian kami mula dengan egg craft activity.Buat kraft daripada bekas telur.Kami buat 2 haiwan iaitu ulat bulu dan semut.Kami bekalkan warna,berus lukisan,googly eyes dan tentakel.Kami bahagikan kepada beberapa kumpulan kanak-kanak mengikut umur.Yang dah bersekolah dan yang berumur 3-6 tahun.

playgroup-aub-december-2014-3

Ini group kakak dan abang.Mereka buat lebih laju.Lepas tu mereka main.Untuk group kanak-kanak yang lebih kecil perlu ada cikgu nak bimbing satu-satu.Supaya mereka mudah faham apa objektif aktiviti petang tu.Nampak saja buat 2 aktiviti,tapi masa yang diambil hampir 2 jam.Dari situ saya belajar menetapkan masa untuk aktiviti kanak-kanak.

Dua aktiviti sebenarnya sudah cukup untuk kanak-kanak.Mereka tidak fokus lama.Jadi 2 aktiviti saja pun dah menelan masa hampir 2 jam.Letih kami sebagai penganjur jangan cakaplah…Yelah.Kanak-kanak ni macam-macam ragamnya.

playgroup-aub-december-2014-5

Akhir sekali kami sampaikan sijil kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam playgroup petang tu.Mereka juga dapat bawa balik hasil seni masing-masing.

Bagi anda yang ternanti-nanti playgroup di Butik About Umi&Baby,kami mengadakan sekurang-kurangnya satu playgroup setiap bulan.Pada bulan November kami akan bekerjasama dengan Puan Ashikin Hashim,seorang Penulis Buku Ibu Bijak Anak Bahagia untuk sessi playgroup pada setiap hari Sabtu.Untuk pertanyaan mengenai sessi playgroup akan datang boleh whatsap 017 223 5362

(Visited 220 times, 1 visits today)

2 thoughts on “#Throwback.Pengalaman Mengendalikan Playgroup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge