Lifestyle

Pengalaman menaiki kapal terbang kecil

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kali ini Puan Ros nak cerita pasal pengalaman Puan Ros naik kapal terbang kecil. Sebab pengalaman ini Puan Ros rasa pertama kali, jadi Puan Ros pilih untuk berkongsi. Mana tahu kan, ada lepas ni nak sewa untuk city tour ka, balik kampung ka atau abadikan gambar kahwin ka.

pengalaman-naik-kapal-terbang-kecil-4
Pemandangan 1500 kaki di udara

Teruja nak cuba naik kapal terbang kecil

 

Hari tu Puan Ros berpuasa ganti dan masih baru bekerja. Jadi Puan Ros teruja lebih nak buat semua benda dan nak ikut merasa. Dulu Puan Ros kerja dengan syarikat penerbangan, kapal semua jenis besar dan bawa penumpang. Sekarang kapal kami definasikan kecil dan buat kerja selain membawa penumpang. Dalam kategori aviation – dipanggil aerial work.

Kawan Puan Ros akan terbang petang tu. Dia ada tugasan pembenihan awan. Puan Ros beritahu nak ikut. Lupa Puan Ros puasa tau. Suka hati saja nak naik kapal kecik. Sebab waktu tu nak merasalah sangat. Puan Ros lama tak kerja. Kena minyak-minyakkan balik gear kapal terbang dalam otakku.

Dalam pukul 1 tengahari, Puan Ros dalam surau,kawan Puan Ros telefon. Katanya, kalau nak ikut fly cepat datang apron. Puan Ros tengah tidur masa tu sebab puasa,bergegas pakai tudung pening-pening lalat berlari. Lepas tu masuk dan kami mula rutin nak terbang.

pengalaman-naik-kapal-terbang-kecil-1
Steady ja depa ni, Err…minta hacks hitam…

Mula nak terbang

Mula-mula memang teruja, bukan senang nak dapat peluang macam ni. Masa dengan airlines dulu, bukan senang dapat naik dan duduk dalam cockpit. Macam-macam prosedur keselamatan. Jadi bila dah naik kapal kecil ni, pengalaman dia lain. Dapat dengar semua prosedur nak terbang, komunikasi dengan tower dan radio check.

Ok, dapat pelepasan, dan…terobang! 100 kaki, 500 kaki, 1000 kaki , up & up and away. Lain rasanyanya. Macam kereta manual, gegaran semua rasa sangat real. Andrenaline rush. Mula pusing, kona dan climb, Puan Ros mula rasa cuak. Puan Ros rasa macam naik roller coaster pun ada. Dalam hati dok zikir. Tapi ada jugak dok cakap kat diri sendiri ” Awat hang buat benda ni oleen oii..”Puan Ros sorang pulak di tempat duduk belakang belakang. Kalau ada orang ikut dapatlah kongsi ke-cuakkan. Ini Puan Ros dok layan sorang-sorang.

pengalaman-naik-kapal-terbang-kecil-2
Berpusing-pusing-pusing atas empangan

Sampai di tempat yang dituju

Menaiki kapal terbang kecil, kami terbang dalam 1500 kaki. Akhirnya sampai di kawasan empangan. Tugasan hari itu adalah buat pembenihan awan di kawasan empangan. Kami mula mendaki terbang betul-betul di bawah awan dan akan mulakan pembenihan. Sebabkan kawasan petang itu di kawasan empangan, jadi berpusing-pusing kami untuk habiskan semua benih awan.

Masa ni memang goyah Puan Ros, memang macam naik mainan pusing kat Pesta Pulau Pinang. Aku nak muntah. Layan juga tengok luar. Tapi isi perut ni macam macam nak terkeluar. Puan Ros memang tak boleh tahan dah. Puan Ros minta ¬†hacks hitam kat kawan Puan Ros. Ha…buka puasa. 5000 kaki atas udara dan makan coklat hacks hitam kau!Dah makan hacks hitam tu lega sikit. Batal posa Puan Ros. Tapi nak buat macam mana, memang terpaksa. Kalau tak memang muntah Puan Ros kat atas tu.

pengalaman-naik-kapal-terbang-kecil-3
Waktu ni dok kira flare, bila nak habis. Rasa nak muntah

Selesai dan pulang

Selesai semua proses pembenihan awan. Semua flare dah habis. Kami balik ke Subang Airport. Kawan Puan Ros ni memang terrer. Lembut je dia landing. Selamat sampai semuanya. Sampai je di ofis, segan Puan Ros. Sampai batal puasa kat atas tu. Apalagi, terus Puan Ros lunch.

Itulah sedikit sebanyak Puan Ros. Cerpisan dari pekerjaanku. Jumpa lagi dan selamat berpuasa.

(Visited 109 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge